Tuesday, January 17, 2012

Membuat Comeback

Dah 3 tahun aku tak join apa-apa tournament ragbi. Perut makin besar, badan makin gemuk. Tapi UiTM ni tiba-tiba ada buat tournament untuk student dia. Main 10 orang satu team. Dalam satu team ada 3 orang budak KARISMA sahaja dibenarkan.

Dan aku masuk satu team dengan dua orang junior VI yang main ragbi dengan aku dulu. Lagi 10 orang dalam team aku, aku baru kenal masa training. Aku dapat main first team, dan team kami johan. Alhamdulillah sebab tak patah apa-apa.

Baju kuning tu juara. Hijau dapat nombor 3. Merah nombor 4. Lagi 12 team tak pakai baju seragam macam kami,so tak payah ambik gambar.

Nama team kami 'Moose Knuckles'. Comel gila kan?

Sunday, January 8, 2012

Menengok Bola

Aku ada kawan nama Nashriq. Dalam cerita ni panggil je nama dia Yeng. Dia seorang yang tak nak kalah dan suka mentertawakan orang lain. Dia juga seorang yang sangat yakin kepada diri dia sendiri.

Kelmarin ada game Piala Sumbangsih antara Kelantan dengan Negeri Sembilan. Entah macam mana aku boleh terduduk satu meja dengan Yeng. Setahu aku Yeng ni bukanlah kaki bola. Tapi takpe, meja kami jadi meriah sebab ada senda gurau dari Yen bila dia mengusik member.

Bila semakin pertengahan perlawanan, telahan aku yang Yeng memang tak tau apa pasal bola sepak terbukti benar. Banyak kali juga dia salah sebut nama player Negeri Sembilan. Negeri Kelantan apa ntah lagi. Aku yang tengah makan roti naan cheese dengan minum teh tarik kadang-kadang tersedak juga bila Yeng salah sebut nama player Selangor yang tak ada pun dalam padang masa tu. Salah sebut yang Nauzubillah.

Tapi benda jadi semakin babi bila dia cakap kuat-kuat

'Pergh, lagi sikit nak masuk GAUNG!'











-GAWANG!! GAWANG!! Bukan GAUNG la Setan!! Tau tak aku tercekik naan cheese?! Ni mana aku nak letak muka sebab makan satu meja dengan kau ni?!