Sunday, October 28, 2012

Chelsea MU 2-3


      Chelsea kalah dengan MU dekat home 2-3. 

      1. Ref menjalankan tugas serupa setan.
      2. Gol Chicharito offside macam setan.
      3. Ashley Young diving seperti setan.
      4. Kad merah kad kuning berlambak seumpama setan.
      5. Chelsea juara Eropah.

Beza #3 Moto2 dan Moto3

     Tengah aku online sekejap tadi, baru aku tau ada pelumba Malaysia pertama yang dapat naik podium. Aku dah jarang beli paper dah sejak minggu lepas. Zulfahmi Khairuddin(21) dapat tempat kedua dalam kategori Moto3. Sorang lagi pelumba Malaysia Hafizh Syahrin(18) dapat tempat keempat dalam kategori Moto2. Benda-benda macam ni memang jarang-jarang anak Melayu buat tapi dah berjaya naik podium jugak. Setelah aku google, baru la aku tau ape beza Moto2 dengan Moto3 ni.

Zulfahmi ingin melihat permukaan jalan dengan lebih dekat

Pada tahun ini, kategori motor 125cc dua lejang dah ditukar kepada 250cc empat lejang dengan had berat maksimum 65 kg termasuk minyak, dan dikenali sebagai Moto3. Jumlah berat minimum bagi motosikal dan penunggang adalah 148kg. Penunggang bagi kategori ini mestilah tidak lebih dari 28 tahun.


Hafizh Syahrin berselindung di sebalik motor

Sejak 2010, kategori 250cc dua lejang digantikan dengan 600cc empat lejang dan dikenali dengan kategori Moto2. Enjin dihasilkan oleh Honda dan tayar adalah dari pengeluar Dunlop.

Inilah sedikit sebanyak. Google untuk maklumat lanjut.