![]() |
| Jersi Home Scotland |
Dulu saya ada dua jersi ragbi. Satu tu jersi ragbi VI. Coach janji pada kami kalau kami dapat masuk final, dia nak bagi jersi yang kami pakai tu terus dapat kat kami. Kami buat sejarah jadi batch VI yang pertama pergi final MSSKL selepas kali terakhir 26 tahun (kalau tak silap saya) yang lalu. Saya dapat jersi yang saya pakai sepanjang tournament tu. Jersi nombor 2. Jersi tu kena curik dari locker saya kat asrama masa akhir tahun tu jugak. Tak sempat saya nak bergaya pakai jersi tu pergi Pavilion. Ok, sebenarnya Pavilion pun tak bukak lagi masa 2006.
Saya sekarang tinggal satu jersi.
![]() |
| Maties Academy, South Africa |
Sekarang saya ingin berdoa Burhan balik Malaysia dengan jersi yang saya harapkan. Burhan, pepatah ada mengatakan, 'Datang dengan harapan, pulang dengan kejayaan'. Semoga jersi yang saya harapkan tidak bertukar menjadi keychain Jambatan Pulau Pinang misalannya.

