Monday, September 24, 2012
Borak
Tengahari semalam aku takde benda nak buat sangat. Aku mengambil keputusan untuk berborak dengan member. Sebenarnya benda nak berborak ni tak payah nak pikir panjang sangat. Selagi ada modal, borak saja ape patut.
Tengah sedap borak benda-benda penting pasal bila pilihanraya, phone dia bunyi. Jelas suara perempuan dekat speaker walaupun dia tak buat loudspeaker. Jenis telefon murah. Tak salah aku ni girlfriend dia nama Farah. Aku biarkan diorang dua bercakap kat telefon. Ape keje pulak aku nak menyampuk. Aku buat sapu-sapu sampah kat bilik member aku. Sambil tu aku dapat lagi mendengar member aku bersayang sayang dengan girlfriend dia.
Oleh kerana topik pilihanraya yang tak sempat kami habiskan tadi, aku mengambil keputusan untuk menunggu. Selepas lima minit, dia putuskan talian. Aku kembali duduk sebelah dia, sebelum sambung borak pasal politik, aku terasa ingin bertanya soalan lain.
Sebab kan tadi aku dengar dia bersayang-sayang bila panggil girlfriend dia, aku membuka soalan 'Sampai bila kau nak panggil dia sayang?'. Dia tunduk sambil jawab 'Masa kapel je kot, tapi dah kawin nanti aku nak dia panggil aku lain'. Ah, aku dah agak, lama-lama mesti bosan panggil sayang. Aku tanya lagi 'Habis kau nak dia panggil kau ape?' Dalam kepala aku mesti dia jawab 'saya awak' takpun panggil nama je. Dia makin tunduk berdiam diri sebelum bersuara 'Aku nak dia panggil aku Oppa'.
Memang faking.
The word "oppa" in Korean means brother. Not only their brothers but also people that are older then them. They use this for respect. Oppa is only for girls to called guys that are older than them. -wiki answer
Sunday, September 2, 2012
55
Dan malam 31 Ogos, aku dan housemate berjalan ke Ipoh. Tak lama lepas je dari UTP, ada roadblock. Kami turun kereta, bagi IC. Polis duduk atas meja, catit atas kertas. Kat sebelah, ada kertas 'Senarai Dikehendaki Peserta BERSIH'. Kami sambung berjalan.
Ada lagi 5 roadblock, sebelum kami sampai Dataran Ipoh. Jam pukul 10malam. Jalan sesak. Orang ramai bagaikan anai-anai memakan kayu atap rumah kampung. Banyak mat motor. Ramai juga pakai kopiah baju kuning, sebar risalah. Kami berjalan dicelah-celah lautan manusia, sambil mata tengok gadis-gadis. Amboi, cantiknya ciptaan Tuhan.
Lagi sejam sebelum pukul 12. Kami duduk di gerai Char Kuey Tiow. Aku pesan sirap limau suam. Bual-bual kosong. Borak pasal gadis meja belakang. Sembang pasal merdeka sikit-sikit. Gelak sakan. Senyum memanjang. Seronok betul malam merdeka.
Detik 12 malam, keluar bunga api. Bunga api murah, tak lawa macam kat KL. Bunga api kat sebelah bangunan Majlis Bandaraya Ipoh. Depan belakang jerit 'Merdeka!, Merdeka!' Kanan kiri tak jerit. Sebelah kanan, couple khusyuk makan sate. Sate tu kecik, tak sedap pulak tu. Sedap lagi kat Kajang. Sebelah kiri family tengah perhati bunga api. Aku, tak jerit. Sakit tekak. Jerit dalam hati.
Pukul 1, kami balik ke kereta. Jalan sesak macam highway PLUS time balik raya. Mat motor bersepah tepi jalan. Baling mercun kat jalan yang tengah sesak. Kepala hotak dia.
Pukul 2, kami singgah Kellie's Castle kat Batu Gajah. Bersandar tepi kereta, tengok arah bangunan. Bila meremang bulu roma, kami sambung berjalan masuk Tanjung Tualang. Kanan kiri rumah kampung. Jalan gelap. Lembu meragut rumput tepi jalan, kereta jadi kucar kacir sebab elak lembu. Kami masuk Kampung Gajah, seekor gajah kami tak nampak, mungkin sebab dah malam. Kene tahan roadblock lagi, sambung berjalan dan sampai rumah sambung bersembang. Rasa sungguh merdeka.
p/s: Ni sampai 7 sem aku kat Seri Iskandar, diploma tak dapat-dapat lagi. Habis belajar aku nak kerja, jaga mak ayah, adik-adik aku, sambung bayar rumah, beli kereta, kahwin, bercinta, dapat anak.

Monday, July 9, 2012
Makhluk Lagenda, Hasz
Disebutkan dalam sebuah kisah, terdapat sebuah kampung yang dinamakan Kampung Pasir Sebutir. Penduduknya hidup dengan aman damai dan terdiri dari sekecil-kecil bayi sehinggalah setua-tua Tok Bomoh. Tiada adegan tarik-menarik rambut dan tuduhan liwat berlaku kerana mereka hidup saling membantu.
Meskipun penduduk Kampung Pasir Sebutir hidup dalam keadaan aman dan gembira, mereka masih takut untuk pergi ke hutan di hujung kampung. Kanak-kanaknya tidak bermain police and thief atau berkejaran memanjat pokok hingga ke hutan di hujung kampung. Orang dewasanya pula tidaklah memburu di hutan itu walaupun sudahlah nampak akan ia seekor pelanduk sedang bersantai di hutan itu. Tukang urut pula mengelak mengutip herba dan akar kayu sehingga ke hutan itu walaupun ketika itu hari masih pagi.
Dikhabarkan dari mulut ke mulut, generasi ke generasi, dari datuk diturunkan kepada bapa, bapa diturunkan kepada anak, anak diturunkan kepada cucu, cucu diturunkan kepada cicit, cicit pula akan meneruskan cerita ini sehingga tamat keturunnya jika keturunnya ada yang mandul atau minat sejenis, tentang makhluk yang menetap di hutan di hujung kampung. Makhluk lagenda itu bernama Hasz.
Dikisahkan dari generasi ke generasi, makhluk lagenda Hasz ini mempunyai badan sebesar naga, kepala seperti singa jantan, mempunyai empat kaki seperti kaki helang dan ekornya menyerupai ekor kuda. Dikisahkan lagi makhluk ini sedang tidur di dalam tanah dan penduduk kampung harus bersedia ketika makhluk lagenda Hasz ini terjaga dari tidur.
Pada suatu pagi yang indah, ketika kanak-kanak sedang berkejaran bermain police and thief, Tok Bomoh sedang membakar kemenyan dan membaca mantera, tukang urut sedang mengurut leher kanak-kanak yang terseliuh, Tok Mudim sedang memujuk kanak-kanak yang menangis, si ibu sedang memasak di dapur, si ayah sedang bekerja di bendang, si pemburu sedang menahan jerat menjerat napuh dan kancil, si Tok Ketua sedang mengira duit, mereka digemparkan dengan bunyi ngauman yang kuat dari hutan di hujung kampung.
Makhluk lagenda Hasz sudah terjaga dari tidur dan menuju ke arah kampung. Dari sekecil-kecil bayi sehinggalah setua-tua Tok Bomoh habis dimakannya.
Meskipun penduduk Kampung Pasir Sebutir hidup dalam keadaan aman dan gembira, mereka masih takut untuk pergi ke hutan di hujung kampung. Kanak-kanaknya tidak bermain police and thief atau berkejaran memanjat pokok hingga ke hutan di hujung kampung. Orang dewasanya pula tidaklah memburu di hutan itu walaupun sudahlah nampak akan ia seekor pelanduk sedang bersantai di hutan itu. Tukang urut pula mengelak mengutip herba dan akar kayu sehingga ke hutan itu walaupun ketika itu hari masih pagi.
Dikhabarkan dari mulut ke mulut, generasi ke generasi, dari datuk diturunkan kepada bapa, bapa diturunkan kepada anak, anak diturunkan kepada cucu, cucu diturunkan kepada cicit, cicit pula akan meneruskan cerita ini sehingga tamat keturunnya jika keturunnya ada yang mandul atau minat sejenis, tentang makhluk yang menetap di hutan di hujung kampung. Makhluk lagenda itu bernama Hasz.
Dikisahkan dari generasi ke generasi, makhluk lagenda Hasz ini mempunyai badan sebesar naga, kepala seperti singa jantan, mempunyai empat kaki seperti kaki helang dan ekornya menyerupai ekor kuda. Dikisahkan lagi makhluk ini sedang tidur di dalam tanah dan penduduk kampung harus bersedia ketika makhluk lagenda Hasz ini terjaga dari tidur.
![]() |
| Gambar sebagai hiasan |
Makhluk lagenda Hasz sudah terjaga dari tidur dan menuju ke arah kampung. Dari sekecil-kecil bayi sehinggalah setua-tua Tok Bomoh habis dimakannya.
TAMAT
Subscribe to:
Posts (Atom)