Thursday, December 16, 2010

BAM!!

Cuti sem ni aku lepak Bagan Datoh. Rumah Atukanda. Macam malam-malam yang biase,aku tengok tv kat ruang tamu. Sambil bawak air Milo dalam mug, sambil duk atas sofa tengok tv, memang syurga.

Hajat hati memang nak tengok Ahmad Durrah. Dari malam sebelum tu asyik mimpi Rusdi Ramli je. (aku straight,ok) Tapi adik sedare aku yang baru habis UPSR berkeras nak tengok Gerak Khas. Apekejadah?

Untuk menunjukkan aku seorang yang matang dan mempunyai naluri abang-abang yang sering mengalah, aku biarkan jela.

Gerak Khas pun start..

Sampai satu scene, polis yang terdiri daripada bangsa 1Malaysia telah mengepung(sori terlampau skema) penjahat seramai dua orang. Bila penjahat tu terbaring atas tanah,polis nak gari die. penjahat tu pun tergedik-gedik macam ikan kat tanah lalu menjerit "Lepaskan saya! Lepaskan saya!"

BAM!!!






---------------


Aku tak tau ape jadi kat penjahat tu lepas tu. Sebab aku pegi toilet, basuh kaki aku yang berdarah sebab tendang flat skrin Atukanda aku.

Kehkeh..

Korang pernah tak buat blog sambil bukak cerita Seniman Bujang Lapok dan mencarut-carut dalam hati?
Tak pernah? Haha.. Aku baru tadi. Aku mencarut bukan sebab ape, aku memang langsung tak tau macam mane nak buat blog ni. Nak follow blog orang pun habis dari atas sampai bawah aku belek. Lagi satu yang buat aku mencarut, pasal broadband. Kalau kau bayar RM68 untuk broadband kau tapi kau guna kat tempat seperti Bagan Datoh, hentikanlah. Baik kau derma duit kau tu kat anak yatim.
Fullstop.

Harapan saya semoga saya tidak hangat-hangat tahi ayam atau melepaskan batuk di tangga. Saya tak suke menulis, tapi saya akan atasinya dengan menaip. Ye, aku sekarang adalah SEORANG PENAIP! HAHAHA.



nota kaki saiz 3: Sekejap saya sekejap aku, nampaknye aku memang takde sifat Istiqamah.

Wednesday, December 15, 2010

Err...

Hai! Untuk publish entry yang pertama ni, aku rujuk 364 blog.
Aku tengok entry pertama diorang. Tapi aku still tak dapat conclusion nak tulis ape untuk first entry aku.
Perasaan aku ni same macam ni. (Ikuti cerita di bawah)

Aku berumur 5 tahun time ni. Walaupun 5 tahun, aku dah boleh bace doa makan dan kayuh basikal roda dua. Oh ye, daya tahan badan aku juga sangat tinggi pada ketika ini. Aku selalu main basikal time petang-petang. Dan macam biase-biase, selepas 'drive' basikal aku selame dua jam, aku akan pulang ke rumah sebelum twilight. Sampai je rumah, aku nak salin baju nak mandi walaupun x berpeluh. Macam aku cakap tadi, daya tahan badan aku sangat tinggi. Tengah bukak baju, jatuh la chewing gum dari poket. Nampak je chewing gum tu, aku terus lapar chewing gum. Aku pun bukak la bungkus die tu. Time nak masuk je mulut, Ibunda aku tegur.

"Ape tu?", tanye Ibunda dengan nada lembut.
"Chewing gum kot..", balas aku, pendek namun hormat, disertai dengan pelat British yang pekat.
"Tak mau makan, nanti tercekik", balas Ibunda, pendek, padat dan dilengkapi alasan kukuh.

Time tu macam ade air yang bergenang kat mata aku. Badan aku menggigil-gigil tahan sebak. Aku mula fikir ape dosa yang aku buat sampai kena macam ni. Time tu aku tak tau nak salahkan siape. Nak salahkan orang yang mencipta chewing gum atau salahkan selera aku time tu. Aku nak sangat-sangat tapi tak boleh.




Hah! Tu lah ape aku rase sekarang.



---------------



Korang dapat tak perasaan yang aku sampaikan ni?