Wednesday, December 15, 2010

Err...

Hai! Untuk publish entry yang pertama ni, aku rujuk 364 blog.
Aku tengok entry pertama diorang. Tapi aku still tak dapat conclusion nak tulis ape untuk first entry aku.
Perasaan aku ni same macam ni. (Ikuti cerita di bawah)

Aku berumur 5 tahun time ni. Walaupun 5 tahun, aku dah boleh bace doa makan dan kayuh basikal roda dua. Oh ye, daya tahan badan aku juga sangat tinggi pada ketika ini. Aku selalu main basikal time petang-petang. Dan macam biase-biase, selepas 'drive' basikal aku selame dua jam, aku akan pulang ke rumah sebelum twilight. Sampai je rumah, aku nak salin baju nak mandi walaupun x berpeluh. Macam aku cakap tadi, daya tahan badan aku sangat tinggi. Tengah bukak baju, jatuh la chewing gum dari poket. Nampak je chewing gum tu, aku terus lapar chewing gum. Aku pun bukak la bungkus die tu. Time nak masuk je mulut, Ibunda aku tegur.

"Ape tu?", tanye Ibunda dengan nada lembut.
"Chewing gum kot..", balas aku, pendek namun hormat, disertai dengan pelat British yang pekat.
"Tak mau makan, nanti tercekik", balas Ibunda, pendek, padat dan dilengkapi alasan kukuh.

Time tu macam ade air yang bergenang kat mata aku. Badan aku menggigil-gigil tahan sebak. Aku mula fikir ape dosa yang aku buat sampai kena macam ni. Time tu aku tak tau nak salahkan siape. Nak salahkan orang yang mencipta chewing gum atau salahkan selera aku time tu. Aku nak sangat-sangat tapi tak boleh.




Hah! Tu lah ape aku rase sekarang.



---------------



Korang dapat tak perasaan yang aku sampaikan ni?

3 comments: