Thursday, January 13, 2011

04-08

Dulu.

Mase aku sekolah VI.

Sekolah start pukul 7.40 pagi sampai 2.10 petang.

Sebagai ruggers, setiap hari Selasa dan Khamis adalah hari training walaupun tournament lagi dua bulan.
Lepas pukul 2.10, selalunye aku lepak surau dengan member2 sebab sembahyang Zuhur dulu.

Lepas dah rase tenang, baru g makan dengan tenang. (saje nak tulis tenang dua kali, nak bagitau yang aku memang betul2 tenang time tu) Lepas kenyang sambil gosok2 six pack(perut), aku pun g angkat beg sekolah dgn beg barang2 keperluan ragbi aku.

Pukul 4.30 dah start training. Joging keliling padang VI yang luas. (ura2 kata dulu ladang sayur tentera Jepun) Memang letih. Sebab tu aku suke lari dengan junior2 yang tak fit, dari segi zahir, aku kelihatan seperti memberi semangat kepada diorang. Dari segi batin, aku pun tak fit gak.

Ok. Yang bestnye kat VI ni, time petang2 memang meriah. Kau boleh tengok amoi2 Form Six jalan lenggang lenggok, Kadet Polis tengah kawad kat Form Six Block, budak RC (Red Crescent) main nurse2 dan pesakit kat tempat parking belakang lab Chemistry, budak Kadet Bomba kejap ade kejap takde, budak Infantri takleh nak tengok. (nak tau nape takleh tengok, tanye budak VI lain). Sambung balik, budak drama berlakon dekat dalam hall, budak piano pun dalam hall gak, budak polo air kat swimming pool, budak basketball kat courtrangle, budak bowling kat Times Square, budak ragbi, kriket dengan bola kat padang. Jangan risau, padang VI luas.

Dan yang paling best, time tengah2 meriah tu, kami boleh dengar Kadet Pancaroba Pancaragam tengah berlatih dalam hall. Suasana macam ni memang best. Kami boleh dengar bunyi Bass Drum, Bagpipe, Trombone, Simbal dan macam2 lagi. Sori, Clarinet dengan Seruling kami tak main. Bunyi2 ni la yang mewarnai hidup pelajar2 VI yang sedang berlatih di waktu petang.

Dan benda yang best bile diorang joging, mereka akan nyanyi lagu. 'Lari2, kita lari. Kita kuatkan, otot dan kaki. Badan letih, tak mengapa. Janji lari, sampai mati'. Mereka akan joging keliling sekolah tanpa penat. Macam mereka semua tak mempunyai jantung untuk merasai penat. Dan kami yang sedang berlatih sukan masing2 ni, akan lebih bersemangat berlatih bile dengar mereka nyanyi lagu ni sambil joging. Aku harap VI akan terus cemerlang dalam akademik mahu pun sukan.

Sekolah start pukul 7.40 pagi sampai 2.10 petang.

Mase aku sekolah VI.

Dulu.

8 comments:

  1. rindunye zaman ni..
    terbaik dow cerita kau..
    mendalam ak rase

    ReplyDelete
  2. masa dulu dengan sekarang dah lain ke?

    ReplyDelete
  3. Haha..Burhan,kau tolong jawabkan ea? Haha.
    Dah lain kot. Blok KH dah takde. Kan dah buat bangunan baru tapi design still colonial.
    Bukan aku g tengok dgn kau ke Bur?

    ReplyDelete
  4. hehe..tak tau sebab tak pernah jejak VI.. ;)

    ReplyDelete
  5. bangunan KH je yg beze..

    tp ape yg kau stori kat atas sume masih sama..
    suasana kat VI ptg2..

    to ama: jemput2 la dtg vi, acap bole bwkkn..

    ReplyDelete
  6. okay2! kne mintak acap la yg tlg bwkkn..

    ReplyDelete
  7. Haish..aku pun dah lame tak pegi VI. Last sekali aku pegi mase dengan kau tu je la Bur.

    ReplyDelete