Aku start first day praktikal dengan tak berapa lancar. Aku bukak-bukak mata, Faiz (budak praktikal yang sama dengan aku n tumpang duduk rumah aku sepanjang praktikal) dah siap pakai pakai nak pegi office. Aku terus bangun pegi mandi. Walaupun lewat, aku sempat mandi bersabun.
Keluar-keluar toilet, Faiz dah siap pakai baju kemeja, seluar slack, dengan tie. Aku pun bergegas menyiapkan diri sebab taknak melambatkan Faiz yang dah siap awal.
Kene pakai tie ke? soal aku..
Kene la agaknye kot. Lagi pun aku nak markah kekemasan pakaian. jawab Faiz. Yakin.
Tapi, Tajudin kata tak payah. Kite kan praktikal kat syarikat swasta. Pakaian die bebas sikit. aku cube meyakinkan Faiz.
Ikut kau la,aku nak pakai. balas Faiz.
Sampai office, orang yang kerja lama kat situ bagi taklimat. Di akhir taklimat yang berdurasi lebih kurang 10 minit itu, abang tu tiba-tiba kata,
Sape name kau? sambil tangan tunjuk arah Faiz.
Faiz. jawab Faiz. Yakin yang nama die Faiz.
Bukak la tie tu, rimas abang tengok. kata abang tu.
Perlahan-lahan, Faiz bukak tie.
Aku tahan gelak setahan yang boleh. Nasib baik aku tak pakai tie, stoking pun sebelah lain sebelah lain.
HAHAHHAHAHAHHAHAHAHHA
ReplyDeleteitu je mampu aku cakap
biar aku betulkan.
ReplyDeleteitu je mampu kau taip..
haha