Monday, February 27, 2012

Percubaan Puisi #2

Nyamuk,
Ku mengerti kau perlukan darah,
Namun ku pun begitu jua,
Maka,
Terbang bebaslah dikau.





Pergh, dah siap satu puisi...

Saturday, February 25, 2012

Situ


Sedap betul lagu dekat wall Fb Nadia Mohaniz ni. Ni yang aku nak buat puisi ni.

Tuesday, February 21, 2012

Pembukak mata


First aku baca review pasal buku ni, dalam surat khabar. Tajuk buku ni pun dah buat aku nak tau buku ni pasal ape. Aku baca review dari pengulas dalam surat khabar tu. Menarik. Baca salah satu perenggan dalam buku ni, terus buat aku nak beli. 

Aku pegi MPH kalau tak silap, jumpa buku ni. Terus beli. Terus jatuh hati. Dekat muka surat belakang, ada link blog penulis buku Stingarden ni. 

Dan blog ni yang pertama aku baca sejak aku berinternet. Aku tak tau pun wujudnya istilah blog sebelum aku baca buku ni.

Review dari lain-lain penulis berkenaan Stingarden ada di sini.

Sinaganaga-Kuala Lumpur Alternative Bookfest 2011

Banyak juga jasa buku ni kat aku. Sebab buku ni aku kenal blog. Hahah. Terima kasih Abang Naga!


Dan kata brother Sinaganaga di Facebook, buku ni dah tiada di pasaran. Kahkahkah



Saturday, February 18, 2012

Sunday, February 5, 2012

Chup Chup Slurp!!!

     Tengah hari Jumaat kalau tak hujan, akan jadi panas. Panas yang tak sama macam tengahari lain. Panas yang bahang. Budak-budak asrama macam Badri ni akan terkejar kejar dari masjid dekat luar asrama, untuk balik makan kat asrama. Selalunya lepas Jumaat, lauk dia special.

     Badri dah berkira-kira, Jumaat kali ni dia akan makan nasik ayam dengan salad. Sebab minggu lepas dia dah makan nasik tomato dengan ayam masak merah. Badri pun jalan laju-laju nak balik asrama. Bayangan nasik ayam dengan salad dah ada depan mata.

     Sampai asrama, Badri tengok dah ramai kat dewan makan. 'Tak pegi sembahyang Jumaat ke diorang ni' getus hati Badri. Badri tak suka ramai-ramai bukan sebab takut dapat bahagian ayam yang kecik-kecik, cuma dia malas nak beratur, dia malas nak menunggu.

     Dah sampai turn Badri, Badri pun ambik nasik. Badri ambik nasik tak ikut nafsu, dia ikut perut kecik dia. So dia ambik sikit-sikit. Tiba-tiba Badri nampak lauk tambahan.

'Siapa yang bagi siput sedut ni makcik?'

'Ada sedara makcik bagi kat makcik. Ada banyak lebih. Tu yang makcik buat masak lemak bagi kamu ni..'

Lepas tersenyum cakap terima kasih, Badri ambik lauk siput sedut tu, masih ikut sukatan perut dia jugak.

     Badri ambik tempat duduk dekat meja batch dia. Badri makan sambil borak dengan kawan. Badri makan rileks je, takde tergopoh-gopoh. Makin lama, makin ramai yang sampai dan makan kat dewan. Sekarang bayangkan 300 orang makan siput sedut dalam satu dewan makan yang sama.























CHUP CHUP SLURP!!! CHUP CHUP SLURP!!! CHUP CHUP SLURP!!!
CHUP CHUP SLURP!!! CHUP CHUP SLURP!!! CHUP CHUP SLURP!!!
CHUP CHUP SLURP!!! CHUP CHUP SLURP!!! CHUP CHUP SLURP!!!
CHUP CHUP SLURP!!! CHUP CHUP SLURP!!! CHUP CHUP SLURP!!!