Tengah hari Jumaat kalau tak hujan, akan jadi panas. Panas yang tak sama macam tengahari lain. Panas yang bahang. Budak-budak asrama macam Badri ni akan terkejar kejar dari masjid dekat luar asrama, untuk balik makan kat asrama. Selalunya lepas Jumaat, lauk dia special.
Badri dah berkira-kira, Jumaat kali ni dia akan makan nasik ayam dengan salad. Sebab minggu lepas dia dah makan nasik tomato dengan ayam masak merah. Badri pun jalan laju-laju nak balik asrama. Bayangan nasik ayam dengan salad dah ada depan mata.
Sampai asrama, Badri tengok dah ramai kat dewan makan. 'Tak pegi sembahyang Jumaat ke diorang ni' getus hati Badri. Badri tak suka ramai-ramai bukan sebab takut dapat bahagian ayam yang kecik-kecik, cuma dia malas nak beratur, dia malas nak menunggu.
Dah sampai turn Badri, Badri pun ambik nasik. Badri ambik nasik tak ikut nafsu, dia ikut perut kecik dia. So dia ambik sikit-sikit. Tiba-tiba Badri nampak lauk tambahan.
'Siapa yang bagi siput sedut ni makcik?'
'Ada sedara makcik bagi kat makcik. Ada banyak lebih. Tu yang makcik buat masak lemak bagi kamu ni..'
Lepas tersenyum cakap terima kasih, Badri ambik lauk siput sedut tu, masih ikut sukatan perut dia jugak.
Badri ambik tempat duduk dekat meja batch dia. Badri makan sambil borak dengan kawan. Badri makan rileks je, takde tergopoh-gopoh. Makin lama, makin ramai yang sampai dan makan kat dewan. Sekarang bayangkan 300 orang makan siput sedut dalam satu dewan makan yang sama.
CHUP CHUP SLURP!!! CHUP CHUP SLURP!!! CHUP CHUP SLURP!!!
CHUP CHUP SLURP!!! CHUP CHUP SLURP!!! CHUP CHUP SLURP!!!
CHUP CHUP SLURP!!! CHUP CHUP SLURP!!! CHUP CHUP SLURP!!!
CHUP CHUP SLURP!!! CHUP CHUP SLURP!!! CHUP CHUP SLURP!!!
imiginasi kau kalah supersaiya :)
ReplyDeleteIni puji ke apa ni.. Haha
ReplyDelete