Friday, March 16, 2012

Soon..

Jersi Home Scotland
Saya mintak tak banyak. Saya nak mintak sehelai je. Please Burhan, jangan tukar jersi ni dengan keychain Eiffel Tower lagi.




Dulu saya ada dua jersi ragbi. Satu tu jersi ragbi VI. Coach janji pada kami kalau kami dapat masuk final, dia nak bagi jersi yang kami pakai tu terus dapat kat kami. Kami buat sejarah jadi batch VI yang pertama pergi final MSSKL selepas kali terakhir 26 tahun (kalau tak silap saya) yang lalu. Saya dapat jersi yang saya pakai sepanjang tournament tu. Jersi nombor 2. Jersi tu kena curik dari locker saya kat asrama masa akhir tahun tu jugak. Tak sempat saya nak bergaya pakai jersi tu pergi Pavilion. Ok, sebenarnya Pavilion pun tak bukak lagi masa 2006.



Saya sekarang tinggal satu jersi.

Maties Academy, South Africa
Tahun 2007, kami dapat peluang lawan dengan team Maties Academy dari South Africa. Mereka hantar team under-14 untuk lawan team under-16 kami. VI kalah. Lepas habis game, kami bertukar jersi. Coach suruh kami bagi baju training kami yang harga RM25 untuk tukar dengan jersi Gilbert mereka. Walaupun kalah, kami tetap untung. Hahaha. Jersi ungu ni ada lagi dalam simpanan, saya jarang pakai sebab saiz S dia tak kecik macam saya angankan.


Sekarang saya ingin berdoa Burhan balik Malaysia dengan jersi yang saya harapkan. Burhan, pepatah ada mengatakan, 'Datang dengan harapan, pulang dengan kejayaan'. Semoga jersi yang saya harapkan tidak bertukar menjadi keychain Jambatan Pulau Pinang misalannya.

4 comments:

  1. yordic pas casino - Xn--o80b910a26eepc81il5g.online
    yordic pas casino. yordic pas casino. yordic pas casino. yordic pas casino. yordic 인카지노 pas casino. yordic 제왕카지노 pas casino. yordic pas casino. yordic 메리트 카지노 주소 pas casino.

    ReplyDelete