Monday, September 24, 2012

Borak


Tengahari semalam aku takde benda nak buat sangat. Aku mengambil keputusan untuk berborak dengan member. Sebenarnya benda nak berborak ni tak payah nak pikir panjang sangat. Selagi ada modal, borak saja ape patut.

     Tengah sedap borak benda-benda penting pasal bila pilihanraya, phone dia bunyi. Jelas suara perempuan dekat speaker walaupun dia tak buat loudspeaker. Jenis telefon murah. Tak salah aku ni girlfriend dia nama Farah. Aku biarkan diorang dua bercakap kat telefon. Ape keje pulak aku nak menyampuk. Aku buat sapu-sapu sampah kat bilik member aku. Sambil tu aku dapat lagi mendengar member aku bersayang sayang dengan girlfriend dia.

     Oleh kerana topik pilihanraya yang tak sempat kami habiskan tadi, aku mengambil keputusan untuk menunggu. Selepas lima minit, dia putuskan talian. Aku kembali duduk sebelah dia, sebelum sambung borak pasal politik, aku terasa ingin bertanya soalan lain.

     Sebab kan tadi aku dengar dia bersayang-sayang bila panggil girlfriend dia, aku membuka soalan 'Sampai bila kau nak panggil dia sayang?'. Dia tunduk sambil jawab 'Masa kapel je kot, tapi dah kawin nanti aku nak dia panggil aku lain'. Ah, aku dah agak, lama-lama mesti bosan panggil sayang. Aku tanya lagi 'Habis kau nak dia panggil kau ape?' Dalam kepala aku mesti dia jawab 'saya awak' takpun panggil nama je. Dia makin tunduk berdiam diri sebelum bersuara 'Aku nak dia panggil aku Oppa'.


Memang faking.


The word "oppa" in Korean means brother. Not only their brothers but also people that are older then them. They use this for respect. Oppa is only for girls to called guys that are older than them. -wiki answer

Sunday, September 2, 2012

55

Dan malam 31 Ogos, aku dan housemate berjalan ke Ipoh. Tak lama lepas je dari UTP, ada roadblock. Kami turun kereta, bagi IC. Polis duduk atas meja, catit atas kertas. Kat sebelah, ada kertas 'Senarai Dikehendaki Peserta BERSIH'. Kami sambung berjalan.

     Ada lagi 5 roadblock, sebelum kami sampai Dataran Ipoh. Jam pukul 10malam. Jalan sesak. Orang ramai bagaikan anai-anai memakan kayu atap rumah kampung. Banyak mat motor. Ramai juga pakai kopiah baju kuning, sebar risalah. Kami berjalan dicelah-celah lautan manusia, sambil mata tengok gadis-gadis. Amboi, cantiknya ciptaan Tuhan.

     Lagi sejam sebelum pukul 12. Kami duduk di gerai Char Kuey Tiow. Aku pesan sirap limau suam. Bual-bual kosong. Borak pasal gadis meja belakang. Sembang pasal merdeka sikit-sikit. Gelak sakan. Senyum memanjang. Seronok betul malam merdeka.

     Detik 12 malam, keluar bunga api. Bunga api murah, tak lawa macam kat KL. Bunga api kat sebelah bangunan Majlis Bandaraya Ipoh. Depan belakang jerit 'Merdeka!, Merdeka!' Kanan kiri tak jerit. Sebelah kanan, couple khusyuk makan sate. Sate tu kecik, tak sedap pulak tu. Sedap lagi kat Kajang. Sebelah kiri family tengah perhati bunga api. Aku, tak jerit. Sakit tekak. Jerit dalam hati.

     Pukul 1, kami balik ke kereta. Jalan sesak macam highway PLUS time balik raya. Mat motor bersepah tepi jalan. Baling mercun kat jalan yang tengah sesak. Kepala hotak dia.

    Pukul 2, kami singgah Kellie's Castle kat Batu Gajah. Bersandar tepi kereta, tengok arah bangunan. Bila meremang bulu roma, kami sambung berjalan masuk Tanjung Tualang. Kanan kiri rumah kampung. Jalan gelap. Lembu meragut rumput tepi jalan, kereta jadi kucar kacir sebab elak lembu. Kami masuk Kampung Gajah, seekor gajah kami tak nampak, mungkin sebab dah malam. Kene tahan roadblock lagi, sambung berjalan dan sampai rumah sambung bersembang. Rasa sungguh merdeka.

p/s: Ni sampai 7 sem aku kat Seri Iskandar, diploma tak dapat-dapat lagi. Habis belajar aku nak kerja, jaga mak ayah, adik-adik aku, sambung bayar rumah, beli kereta, kahwin, bercinta, dapat anak.