Sunday, September 2, 2012

55

Dan malam 31 Ogos, aku dan housemate berjalan ke Ipoh. Tak lama lepas je dari UTP, ada roadblock. Kami turun kereta, bagi IC. Polis duduk atas meja, catit atas kertas. Kat sebelah, ada kertas 'Senarai Dikehendaki Peserta BERSIH'. Kami sambung berjalan.

     Ada lagi 5 roadblock, sebelum kami sampai Dataran Ipoh. Jam pukul 10malam. Jalan sesak. Orang ramai bagaikan anai-anai memakan kayu atap rumah kampung. Banyak mat motor. Ramai juga pakai kopiah baju kuning, sebar risalah. Kami berjalan dicelah-celah lautan manusia, sambil mata tengok gadis-gadis. Amboi, cantiknya ciptaan Tuhan.

     Lagi sejam sebelum pukul 12. Kami duduk di gerai Char Kuey Tiow. Aku pesan sirap limau suam. Bual-bual kosong. Borak pasal gadis meja belakang. Sembang pasal merdeka sikit-sikit. Gelak sakan. Senyum memanjang. Seronok betul malam merdeka.

     Detik 12 malam, keluar bunga api. Bunga api murah, tak lawa macam kat KL. Bunga api kat sebelah bangunan Majlis Bandaraya Ipoh. Depan belakang jerit 'Merdeka!, Merdeka!' Kanan kiri tak jerit. Sebelah kanan, couple khusyuk makan sate. Sate tu kecik, tak sedap pulak tu. Sedap lagi kat Kajang. Sebelah kiri family tengah perhati bunga api. Aku, tak jerit. Sakit tekak. Jerit dalam hati.

     Pukul 1, kami balik ke kereta. Jalan sesak macam highway PLUS time balik raya. Mat motor bersepah tepi jalan. Baling mercun kat jalan yang tengah sesak. Kepala hotak dia.

    Pukul 2, kami singgah Kellie's Castle kat Batu Gajah. Bersandar tepi kereta, tengok arah bangunan. Bila meremang bulu roma, kami sambung berjalan masuk Tanjung Tualang. Kanan kiri rumah kampung. Jalan gelap. Lembu meragut rumput tepi jalan, kereta jadi kucar kacir sebab elak lembu. Kami masuk Kampung Gajah, seekor gajah kami tak nampak, mungkin sebab dah malam. Kene tahan roadblock lagi, sambung berjalan dan sampai rumah sambung bersembang. Rasa sungguh merdeka.

p/s: Ni sampai 7 sem aku kat Seri Iskandar, diploma tak dapat-dapat lagi. Habis belajar aku nak kerja, jaga mak ayah, adik-adik aku, sambung bayar rumah, beli kereta, kahwin, bercinta, dapat anak.

4 comments: