Sunday, September 2, 2012

55

Dan malam 31 Ogos, aku dan housemate berjalan ke Ipoh. Tak lama lepas je dari UTP, ada roadblock. Kami turun kereta, bagi IC. Polis duduk atas meja, catit atas kertas. Kat sebelah, ada kertas 'Senarai Dikehendaki Peserta BERSIH'. Kami sambung berjalan.

     Ada lagi 5 roadblock, sebelum kami sampai Dataran Ipoh. Jam pukul 10malam. Jalan sesak. Orang ramai bagaikan anai-anai memakan kayu atap rumah kampung. Banyak mat motor. Ramai juga pakai kopiah baju kuning, sebar risalah. Kami berjalan dicelah-celah lautan manusia, sambil mata tengok gadis-gadis. Amboi, cantiknya ciptaan Tuhan.

     Lagi sejam sebelum pukul 12. Kami duduk di gerai Char Kuey Tiow. Aku pesan sirap limau suam. Bual-bual kosong. Borak pasal gadis meja belakang. Sembang pasal merdeka sikit-sikit. Gelak sakan. Senyum memanjang. Seronok betul malam merdeka.

     Detik 12 malam, keluar bunga api. Bunga api murah, tak lawa macam kat KL. Bunga api kat sebelah bangunan Majlis Bandaraya Ipoh. Depan belakang jerit 'Merdeka!, Merdeka!' Kanan kiri tak jerit. Sebelah kanan, couple khusyuk makan sate. Sate tu kecik, tak sedap pulak tu. Sedap lagi kat Kajang. Sebelah kiri family tengah perhati bunga api. Aku, tak jerit. Sakit tekak. Jerit dalam hati.

     Pukul 1, kami balik ke kereta. Jalan sesak macam highway PLUS time balik raya. Mat motor bersepah tepi jalan. Baling mercun kat jalan yang tengah sesak. Kepala hotak dia.

    Pukul 2, kami singgah Kellie's Castle kat Batu Gajah. Bersandar tepi kereta, tengok arah bangunan. Bila meremang bulu roma, kami sambung berjalan masuk Tanjung Tualang. Kanan kiri rumah kampung. Jalan gelap. Lembu meragut rumput tepi jalan, kereta jadi kucar kacir sebab elak lembu. Kami masuk Kampung Gajah, seekor gajah kami tak nampak, mungkin sebab dah malam. Kene tahan roadblock lagi, sambung berjalan dan sampai rumah sambung bersembang. Rasa sungguh merdeka.

p/s: Ni sampai 7 sem aku kat Seri Iskandar, diploma tak dapat-dapat lagi. Habis belajar aku nak kerja, jaga mak ayah, adik-adik aku, sambung bayar rumah, beli kereta, kahwin, bercinta, dapat anak.

Monday, July 9, 2012

Makhluk Lagenda, Hasz

     Disebutkan dalam sebuah kisah, terdapat sebuah kampung yang dinamakan Kampung Pasir Sebutir. Penduduknya hidup dengan aman damai dan terdiri dari sekecil-kecil bayi sehinggalah setua-tua Tok Bomoh. Tiada adegan tarik-menarik rambut dan tuduhan liwat berlaku kerana mereka hidup saling membantu.

     Meskipun penduduk Kampung Pasir Sebutir hidup dalam keadaan aman dan gembira, mereka masih takut untuk pergi ke hutan di hujung kampung. Kanak-kanaknya tidak bermain police and thief atau berkejaran memanjat pokok hingga ke hutan di hujung kampung. Orang dewasanya pula tidaklah memburu di hutan itu walaupun sudahlah nampak akan ia seekor pelanduk sedang bersantai di hutan itu. Tukang urut pula mengelak mengutip herba dan akar kayu sehingga ke hutan itu walaupun ketika itu hari masih pagi.

     Dikhabarkan dari mulut ke mulut, generasi ke generasi, dari datuk diturunkan kepada bapa, bapa diturunkan kepada anak, anak diturunkan kepada cucu, cucu diturunkan kepada cicit, cicit pula akan meneruskan cerita ini sehingga tamat keturunnya jika keturunnya ada yang mandul atau minat sejenis, tentang makhluk yang menetap di hutan di hujung kampung. Makhluk lagenda itu bernama Hasz.

     Dikisahkan dari generasi ke generasi, makhluk lagenda Hasz ini mempunyai badan sebesar naga, kepala seperti singa jantan, mempunyai empat kaki seperti kaki helang dan ekornya menyerupai ekor kuda. Dikisahkan lagi makhluk ini sedang tidur di dalam tanah dan penduduk kampung harus bersedia ketika makhluk lagenda Hasz ini terjaga dari tidur.

Gambar sebagai hiasan

      Pada suatu pagi yang indah, ketika kanak-kanak sedang berkejaran bermain police and thief, Tok Bomoh sedang membakar kemenyan dan membaca mantera, tukang urut sedang mengurut leher kanak-kanak yang terseliuh, Tok Mudim sedang memujuk kanak-kanak yang menangis, si ibu sedang memasak di dapur, si ayah sedang bekerja di bendang, si pemburu sedang menahan jerat menjerat napuh dan kancil, si Tok Ketua sedang mengira duit, mereka digemparkan dengan bunyi ngauman yang kuat dari hutan di hujung kampung.

     Makhluk lagenda Hasz sudah terjaga dari tidur dan menuju ke arah kampung. Dari sekecil-kecil bayi sehinggalah setua-tua Tok Bomoh habis dimakannya.




TAMAT

Saturday, June 16, 2012

Melayang-layang




Sepasang mata Syafiq terkebil kebil. Sudah 3 jam Syafiq cuba melelapkan mata tapi tak boleh-boleh. Sudah 3 jam dia merenung perkataan ‘jukong wuz ere 2004’ di atas papan katil. ‘ni mesti Abang Jukong punya kerja ni. Muda-muda dah bangang. Yang pegi conteng katil ni apasal’ fikir Syafiq menyalahkan Abang Marzuki yang dipanggil Jukong.

Fikiran Syafiq melayang jauh. Syafiq teringat nama kawan-kawannya yang lain. Ada yang dipanggil epam, atong malah ada juga yang dipanggil tempe. Tapi yang paling celaka ada yang dipanggil stim. Puncanya adalah gara-gara ketika di surau, kain yang dipakai oleh mamat itu kelihatan

‘PRANG!!’ bunyi bantal dari katil atas jatuh ke lantai. Kalau bantal jatuh memang bunyi dia ‘PRANG!!’. Ok lagi sekali, ‘PRANG!!’. Syafiq terkejut. Hampir-hampir jantungnya berhenti berdenyut. Firdaus yang tidur di katil tingkat atasnya itu memang terkenal dengan tidurnya yang lasak. Setelah mengutip bantal kawannya itu, dia baring semula dan cuba untuk lelap, tetapi..

Fikiran Syafiq melayang lebih jauh. Syafiq teringat kekasihnya ketika sekolah rendah dahulu. Putih kulitnya. Merdu suaranya. Sedap namanya. Tapi terputus hubungan ketika Syafiq menetap di asrama. Ya,asrama inilah. Apa khabar agaknya bekas kekasihnya itu. Sudah ada pengganti kah agaknya. Owh kekasihku,aku rindu padamu.

Fikiran Syafiq melayang semakin jauh. Syafiq layankan saja fikirannya itu. Ada yang suka berfikir di waktu sebelum tidur. Ada yang suka berfikir sambil membuang air besar. Setiap orang berlainan cara.
Tapi Syafiq dah tak boleh tahan lagi. Syafiq dah tak boleh blah. Celaka apa berfikir jauh-jauh pukul 5 ni. Esok ada exam pertengahan tahun.

Mata syafiq merenung perkataan ‘jukong wuz ere 2004’ di atas papan katil.

Ba Alip Ba Ya