Friday, October 7, 2011

Kabil Bukanlah Bodoh..

...cuma dia pemalas. Orang malas tidakkan beroleh apa-apa. Kabil tahu semuanya berpunca dari sifat malasnya. Dia hanya berusaha separuh jalan.

     Kerana itu die belajar bersama kekasihnya, Syahira. Dia cukup senang dengan gadis itu. Selain dapat belajar bersama, Kabil juga dapat menghabiskan masa bersama buah hatinya.Kabil berasa gembira, kerana dia telah berusaha untuk menjadi rajin-walaupun dengan caranya sendiri.

     Kabil percaya kepada pepatah lama 'belakang parang jika diasah lagikan tajam'. Kerana itu Kabil tidak jemu berulang alik walaupun Syahira tinggal berjauhan. Butir-butir formula dari gadis itu, turut diselang seli dengan madah-madah cinta. Hati pasangan ini berbunga. Apabila SPM semakin hampir, Syahira sempat mengepos nota-nota berguna untuk Kabil baca ketika di rumah.

     Pasangan ini berjaya ke universiti walaupun berlainan tempat. Syahira semakin sukar memantau Kabil. Sistem universiti berbeza dari sekolah. Yang rajin akan berjaya. Yang malas akan hanyut dan Kabil antaranya. Syahira mula terfikir masa depannya. Jalan selamat Syahira memilih lelaki rajin yang belajar tinggi/jauh. Dan bergaya adalah satu bonus. Kabil yang malas sudah hilang gadis kesayangannya.

     Kabil hanya berusaha separuh jalan. Kabil tahu semuanya berpunca dari sifat malasnya. Orang malas tidakkan beroleh apa-apa. Nyatalah Kabil bodoh kerana sifat malasnya.




Dan Syahira, khabar angin mengatakan dia sedang menjalin hubungan dengan MadLuthfi.

4 comments:

  1. Butir-butir formula dari gadis itu, turut diselang seli dengan madah-madah cinta. HAHAHAHAHA! ayat pundek! ending pun buat aku gelak gila dalam hati

    ReplyDelete
  2. Haha,ending tu puas aku pikir. haha.

    ReplyDelete
  3. adakah si kabil itu watak anda wahai asyrf?..sungguh detail penceritaan anda..haha..

    ReplyDelete
  4. Kau la lelaki yang belajar tinggi/jauh dan bergaya tu Burhan :)

    ReplyDelete