Sekolah laki-laki dan gejala senioriti memang tidak dapat dipisahkan-bagai aur dengan tebing, bagai Nobita dengan Doraemon. Nobita ni ada jugak kadang-kadang berpisah dengan Doraemon tapi ada adik Doraemon yang ganti Doraemon. Nama dia Doralin. Kadang-kadang Doraemon ni nama dia macam Pokemon juga. K, jauh sangat dah ni. Abaikan.
Jadi, bila di sekolah yang mempunyai sentimen senioriti yang sangat kuat, tingkah laku sebagai junior haruslah dijaga dengan baik. Bersembang dengan membahasakan diri 'aku kau' dan berjalan dengan senior sambil pegang bahu adalah satu kesilapan yang sangat dahsyat. Dan kesilapan-kesilapan ini jika dikumpulkan dengan kesilapan yang lain seperti 'buat-buat tak dengar senior panggil' dan 'menjeling dengan tajam kepada senior' boleh membawa point-point yang mendekatkan tapak kaki senior di perut junior tersebut.
Tengahari tu, tahun 2004, tiba-tiba aku rasa nak pergi toilet. Lepas mintak izin kat cikgu, aku berjalan kaki pergi toilet. Tapi timing memang tak baik. Kebetulan time tu adalah masa rehat untuk Form 5 dan Form 4. Dan aku pun berjalan sambil kepala tunduk memandang tanah.
Sampai dekat-dekat area toilet, ade senior tengah lepak kat tempat duduk bawah pokok besar. Senior tu pandang aku dari jauh. Melihat kepada metal badge yang dia pakai, aku tau dia Form 5. Dah sampai dekat-dekat dengan dia, dia tegur.
'Kau form berapa'-dia tanya.
'Form 1 bang'-aku jawab gaya junior.
'Haa..baguslah.. Ni ada RM2, kau pergi beli burger ayam special satu, dengan bungkus milo ais satu. Baki duit aku tu RM2'-dia balas lancar.
Time ni, aku nak mencarut dalam hati pun tak berani.
Sampai la aku Form 2, aku tak pergi toilet masa senior tengah rehat.
p/s: Dan kerana aku terbiasa membahasakan diri dengan senior sebagai 'saya abang' selama 4 tahun, sampai ke hari ini aku akan memanggil 'abang' kepada orang yang lebih tua. Dan aku rasa dia pun pelik aku panggil dia abang.
siapa bai f5 tu? haha
ReplyDeleteserius aku pernah kene jugak..haha..
ReplyDeleteYep:aku pun tak kenal do f5 tu,sebab masa tu kita f1. Aku tak kenal senior sangat.
ReplyDeleteBurhan:Time f1 pun dah kena,mmg aku rasa nak tukar sekolah do time tu. haha