Friday, July 8, 2011

Fitrah

Linda baru sahaja selesai membersihkan pinggan mangkuk di sinki. Walaupun bekerja di sebuah syarikat besar, tanggungjawabnya di dapur tidak dilupakan. Setelah mengelap tangannya yang basah, dia menoleh ke arah jam dinding. 'Owh,dah pukul 9.00',detiknya dalam hati. Seperti hari Khamis-malam-Jumaat yang lain, waktu inilah yang di tunggu-tunggu oleh Linda dan pasangannya, Suhaimi.

Di ruang tamu, Suhaimi masih dengan komputer ribanya sambil kadang-kadang menjeling ke arah anak tunggal mereka Ikmal, yang berusia 3 tahun. Suhaimi melihat Ikmal asyik bermain dengan kereta ferrari mainan dan sebiji bola. Suhaimi sempat berdoa di dalam hati agar Ikmal mempunyai bakat pemanduan kereta F1 atau pun mempunyai skill bermain bola yang tinggi sebagai back up sekiranya anaknya itu fail SPM apabila besar nanti.

Linda menuju ke arah ruang tamu. Melihatkan anaknya leka bermain, Linda pun ikut bermain sama. Niat Linda sebenarnya adalah untuk membawa Ikmal tidur sedikit awal malam ini memandangkan Linda dan Suhaimi masing-masing akan sibuk sebentar lagi sama seperti hari Khamis-malam-Jumaat yang lain. Linda pun mengambil permainan-permainan tersebut dari Ikmal. Ikmal mula menangis sambil menghentak kaki...

Tamat.

Secara fitrahnya, manusia telah diberi sifat 'melawan apabila dizalimi' sejak seseorang itu dilahirkan. Seperti contoh Ikmal yang menangis dan menghentak kaki apabila merasakan dia dizalimi apabila haknya(permainan) dirampas. Oleh itu, memang dari dulu lagi, perang tidak dapat dielakkan. Sepatutnya sebuah negara Islam diwajibkan menggempur negara kufur setahun sekali, tapi sejak pupusnya sistem khalifah, ia tidak lagi berlaku, mungkin juga disebabkan termakan kata-kata barat bahawa orang Islam boleh berperang hanya jika ditindas.

Oleh itu, tidak hairan jika rakyat-rakyat marhaen akan bersuara jika hak mereka ditindas. Mereka hanya bangun dan menyuarakan hak untuk mengundi dengan bersih dan adil. Belum lagi hak-hak yang lain.

2 comments:

  1. melayu hebat 1 : pergilah kau ikut keling tu, jadi balaci

    melayu hebat 2 : bersyukur la negara kita aman selama ni

    melayu hebat 3 : melayu sama melayu gaduh, cina india gelak, bagus la

    ReplyDelete
  2. 1:bukan kita nak ikut ugama die.
    2:xtau ke berapa lama kite dipijak pemerintah
    3:xkan nak tgk je benda yg salah

    ReplyDelete