Friday, December 30, 2011

Ok, ni jiwang.

credit untuk ZackZukhairi

Itu hari department aku ada kajian tapak kat Besut dan Pasir Puteh. Tajuk kajian kami 'Perlancongan Pesisir Pantai Besut, Terengganu dan Pasir Puteh, Kelantan'. Kajian kami ada lebih kurang 9 hari. Ada banyak cerita sebenarnya, cerita seram ada, sedih ada, happy pun ada.

Ok, kat Kelantan kami ada pergi Rantau Panjang. Barang kat sana murah-murah. Aku ada beli seluar boxing, depan tulis 'Ong Bak', belakang tulis 'Rindu'. K,tak kelakar, tipu pulak tu. Kbai.

Tuesday, November 29, 2011

Hantu Boncet

     Orang kata kat tempat u-turn depan universiti tu keras. Orang kata kat tempat u-turn depan universiti tu tempat orang buang hantu. Orang kata kat tempat u-turn depan universiti tu ade pontianak selalu tumpang naik motor. Tapi tu semua kata orang.

     Apa lagi yang boleh Halim buat. Dia memang kena lalu tempat u-turn tu setiap hari. Kadang-kadang kena lalu pukul dua tiga pagi. Kadang-kadang pukul sebelas dua belas malam. Kadang-kadang waktu tengah malam Halim kena pergi rumah kawan. Kadang-kadang Halim lapar perut meragam kene pergi kedai mamak. Kadang-kadang Halim nak tengok game Liverpool lawan Chelsea kat skrin besar.

     Halim ni bukanlah berani sangat. Halim ni bukanlah penakut sangat. Dia sedang-sedang. Berani pun tak, penakut pun tak. Tapi apedehal bagi dia nak lalu tempat u-turn tu tengah-tengah malam. Dia dah biasa. Sebab Halim ni memang naik motor sorang-sorang,macam-macam gaya Halim buat waktu lalu jalan tempat u-turn tu. Kadang-kadang sambil baring atas motor, kadang-kadang bawak motor pejam mata sambil lepas tangan. Halim ni jenis yang mengucap dua kalimah syahadah sebelum naik kenderaan.

     Tapi malam ni Halim rasa lain macam. Malam ni Halim rasa tak sedap hati. Malam ni Halim rasa macam ada yang tak kena.

     Halim bawak motor lagi cermat dari biasa. Halim baca doa lagi panjang dari biasa. Halim berzikir dalam hati tak macam biasa.

     Kejap-kejap Halim pandang side mirror.

     Kejap-kejap Halim terkejut tengok bayang-bayang sendiri kat jalan.

     Kejap-kejap Halim raba seat belakang nak rasa ada pontianak ke tak.

     Halim pelik malam ni sejuk semacam. Halim pelik kenapa malam ni takde kenderaan lain atas jalan. Halim pelik kenapa motor dia rasa jalan sangat perlahan.

     Tiba-tiba dari jauh dia nampak lampu biru putih atas jalan. Halim tau tu polis. Halim tau kat depan ada roadblock. Tapi Halim tak takut. Halim rasa lega. 'Ah,takde la aku atas jalan ni sorang-sorang.' getus hati Halim.

     Bila Halim makin dekat, Halim perlahankan motor dia dan berhenti di bahu jalan apabila diminta begitu oleh polis bertugas. Halim buat muka manis. Dalam masa yang sama, Halim buat muka secomel yang boleh. Dengan harapan polis tu akan sejuk hati dan terlupa untuk mintak roadtax Halim yang dah lama mati.

     Tapi polis tu masih dengan muka ketat. Dengan nada tegas soalan pertama yang keluar dari mulut pegawai polis tu 'Ni apahal bawak keluar perempuan malam-malam buta ni'

Perlahan-lahan, Halim nampak bintang-bintang berkelip dekat betul dengan muka Halim.




bersambung...








'Dik, bangun. Ape ni main pengsan-pengsan. Pakcik main-main je tadi' pakcik polis senyum campur muka takut-takut.



*Aku takde idea. Lantak pi la ending ni.

Tuesday, November 1, 2011

Rumah Sewa

Kidon yang baru selesai berjumpa gf-nya, pulang ke rumah sewanya di Nilai sambil memicit kepala.

Kidon: Adudududui.. Sakitnya kepala aku!

Malik: Mengapakah wahai Kidon. Mengapakah?

Kidon: Dari KL ke Nilai, aku naik KTM. Tapi seat aku duduk tu terbalik. Menghadap      belakang. Pening kepala aku wahai Malik.

Malik: Dah tau macam tu, kenapa tak mintak tukar sekejap dengan orang yang duduk menghadap depan?

Kidon: Nak tukar macam mana? Seat depan tu takde orang.

Malik: Kalau aku cakap kau bodoh, nanti kau bangga pulak.


Wednesday, October 26, 2011

Senior tetap senior

     Hari-hari waktu di tingkatan 1 di sekolah laki-laki di Kuala Lumpur bukanlah hari yang menyeronokkan. Selain kejutan budaya, rasa tidak selamat adalah satu lagi perasaan yang tidak boleh dielakkan. Rasa tidak selamat di tempat orang, rasa tidak selamat dengan kawan, dan rasa tidak selamat dengan senior.

     Sekolah laki-laki dan gejala senioriti memang tidak dapat dipisahkan-bagai aur dengan tebing, bagai Nobita dengan Doraemon. Nobita ni ada jugak kadang-kadang berpisah dengan Doraemon tapi ada adik Doraemon yang ganti Doraemon. Nama dia Doralin. Kadang-kadang Doraemon ni nama dia macam Pokemon juga. K, jauh sangat dah ni. Abaikan.

     Jadi, bila di sekolah yang mempunyai sentimen senioriti yang sangat kuat, tingkah laku sebagai junior haruslah dijaga dengan baik. Bersembang dengan membahasakan diri 'aku kau' dan berjalan dengan senior sambil pegang bahu adalah satu kesilapan yang sangat dahsyat. Dan kesilapan-kesilapan ini jika dikumpulkan dengan kesilapan yang lain seperti 'buat-buat tak dengar senior panggil' dan 'menjeling dengan tajam kepada senior' boleh membawa point-point yang mendekatkan tapak kaki senior di perut junior tersebut.




     


     Tengahari tu, tahun 2004, tiba-tiba aku rasa nak pergi toilet. Lepas mintak izin kat cikgu, aku berjalan kaki pergi toilet. Tapi timing memang tak baik. Kebetulan time tu adalah masa rehat untuk Form 5 dan Form 4. Dan aku pun berjalan sambil kepala tunduk memandang tanah.

     Sampai dekat-dekat area toilet, ade senior tengah lepak kat tempat duduk bawah pokok besar. Senior tu pandang aku dari jauh. Melihat kepada metal badge yang dia pakai, aku tau dia Form 5. Dah sampai dekat-dekat dengan dia, dia tegur.

'Kau form berapa'-dia tanya.

'Form 1 bang'-aku jawab gaya junior.

'Haa..baguslah.. Ni ada RM2, kau pergi beli burger ayam special satu, dengan bungkus milo ais satu. Baki duit aku tu RM2'-dia balas lancar.

Time ni, aku nak mencarut dalam hati pun tak berani.
Sampai la aku Form 2, aku tak pergi toilet masa senior tengah rehat.


p/s: Dan kerana aku terbiasa membahasakan diri dengan senior sebagai 'saya abang' selama 4 tahun, sampai ke hari ini aku akan memanggil 'abang' kepada orang yang lebih tua. Dan aku rasa dia pun pelik aku panggil dia abang.

Monday, October 17, 2011

Tolong sedekahkan Fatihah

13.10.11


Nenek di rumah masih tidur waktu aku hendak melawat adik di wad. Sesudah bersalam dengan ahli keluarga di Klang, aku terus pergi ke wad melawat adik di Hospital Ampuan Rahimah dan terus pulang ke Kajang selepas maghrib. Sampai di Kajang dalam pukul 11 malam. Waktu ingin bersiap untuk mandi, aku dapat pesanan ringkas dari ayah. 'Nenek dah meninggal dunia'. Innalillah hiwainnailaihi rajiun.

14.10.11


Pukul 11 pagi,aku dah berada di Klang semula. Aku sampai lewat. Arwah nenek dah selamat dikebumikan. Alhamdulillah dik aku yang di wad itu sudah boleh keluar dari wad. Sampai di rumah, aku lihat Atuk sedang terbaring. Sedara aku Fuad, bercerita Atuk pengsan ketika pulang dari kubur. Dan bila sedar, Atuk asyik menyebut 'Nenek tengah tidur'. Atuk masih terkejut dengan kehilangan Nenek.

     Aku baru selesai makan nasik bila mak sedara jerit memanggil aku. Diminta untuk mengangkat Atuk yang ingin mengambil wudhu' untuk sembahyang Zuhur. Sedang mengangkat, Atuk pandang tepat mata aku dan berkata 'Atuk nak sembahyang. Tu, nenek kau tengah tidur..' sambil tangannya tunjuk pada sebiji bantal yang di atasnya ada kain arwah. Aku hanya mengangguk dan menahan air mata.

     Selesai berwudhu', aku dan sedara mengangkat Atuk kembali ke dalam bilik. Aku bertanya kepada Atuk samaada ingin menggunakan kerusi untuk sembahyang, kerana keadaan Atuk yang lemah tidak menjamah makanan dari pagi dan baru sedar dari pengsan. Atuk jawab 'Takpela.. Aku gagahkan berdiri jugak. Biarla sampai jatuh atas nenek kau ni..'

     Sesudah Zuhur, Atuk termenung di atas sejadah. Atuk mula sedar nenek sudah tiada lagi disisinya dan menemani hari-harinya. Al-Fatihah....



p/s: Aku cuba kurangkan kesedihan ni. Aku cuba berlagak macam biasa. Tapi masih lagi marah-marah. Marah yang tak tahu pada siapa. Dan untuk melepaskan marah, aku banyak bergurau kasar minggu ni. Minta maaf ye kepada semua. Mintak tolong lagi sekali. Tolong sedekahkan al-Fatihah kepada Arwah Nenek ye. Terima kasih.

Friday, October 14, 2011

Masih Dipanjangkan Umur..

Alhamdulillah.. Adik dah selamat keluar dari wad. Tak kena jangkitan kuman di paru-paru pun, hanya asthma dan demam kuat. Terima kasih atas doa kalian. Hanya Allah mampu membalasnya.

Nama sebenar adik aku Muhammad Arief Akmal. Umur dia baru 3 tahun, bukan 4 tahun. Malu juga bila baru tau nama dengan umur adik.

Kalian, terima kasih.

Monday, October 10, 2011

Muhammad Ariff Akmal

Aku pun tak berapa confirm betul ke aku eja nama adik bongsu aku tu. Umur dia baru 4 tahun. Pukul 11 malam tadi ayah aku bagitau adik aku kena tahan wad sebab jangkitan di paru-paru. Tolong doa kan adik aku cepat sembuh. Tolong ye.

Terima kasih.

Friday, October 7, 2011

Kabil Bukanlah Bodoh..

...cuma dia pemalas. Orang malas tidakkan beroleh apa-apa. Kabil tahu semuanya berpunca dari sifat malasnya. Dia hanya berusaha separuh jalan.

     Kerana itu die belajar bersama kekasihnya, Syahira. Dia cukup senang dengan gadis itu. Selain dapat belajar bersama, Kabil juga dapat menghabiskan masa bersama buah hatinya.Kabil berasa gembira, kerana dia telah berusaha untuk menjadi rajin-walaupun dengan caranya sendiri.

     Kabil percaya kepada pepatah lama 'belakang parang jika diasah lagikan tajam'. Kerana itu Kabil tidak jemu berulang alik walaupun Syahira tinggal berjauhan. Butir-butir formula dari gadis itu, turut diselang seli dengan madah-madah cinta. Hati pasangan ini berbunga. Apabila SPM semakin hampir, Syahira sempat mengepos nota-nota berguna untuk Kabil baca ketika di rumah.

     Pasangan ini berjaya ke universiti walaupun berlainan tempat. Syahira semakin sukar memantau Kabil. Sistem universiti berbeza dari sekolah. Yang rajin akan berjaya. Yang malas akan hanyut dan Kabil antaranya. Syahira mula terfikir masa depannya. Jalan selamat Syahira memilih lelaki rajin yang belajar tinggi/jauh. Dan bergaya adalah satu bonus. Kabil yang malas sudah hilang gadis kesayangannya.

     Kabil hanya berusaha separuh jalan. Kabil tahu semuanya berpunca dari sifat malasnya. Orang malas tidakkan beroleh apa-apa. Nyatalah Kabil bodoh kerana sifat malasnya.




Dan Syahira, khabar angin mengatakan dia sedang menjalin hubungan dengan MadLuthfi.

Sunday, October 2, 2011

Lagu Wilayah Persekutuan



Lagu ni masa sekolah dulu memang ramai student buat-buat nyanyi. Sebab lagu ni baru diperkenalkan,susah nak masuk kepala. Lagi pun dah ade audio yang dipasang so memang senang nak buat-buat hafal. Berbanding lagu sekolah dan lagu Negaraku waktu perhimpunan di VI, dua lagu ni diiring oleh bunyi piano so dua lagu ni memang kena hafal. Jap, ape aku tulis ni. Tak kisah la, yang penting lagu Wilayah ni boleh tahan tinggi not dia.

Tapi sekarang, dah ade lagu Wilayah yang baru!!! Ade unsur penegasan.


Lagu yang slow dan not yang tidak terlalu tinggi! Tahniah!!

Budak-budak yang sekolah kat area Wilayah Persekutuan, anda sudah tiada alasan untuk gerak-gerak mulut tak bersuara, pejam mata sambil kepala tunduk pandang lantai. Hafal lagu ni jangan jadi malas.

Thursday, September 22, 2011

Sukan Jepun

Bola Jepun power ya rabbi

Belah kanan tu Jepun naik minyak, kiri tu Tonga orang minyak.


Jepun ni bola World Cup dia main, ragbi World Cup dia ada. Diorang main tutup mata pun dah power.


p/s:Update blog style status Facebook ni pun cara jugak.

Thursday, September 15, 2011

6%

Hasil perbincangan menteri Rais Yatim bersama taikun-taikun telco di Malaysia, caj 6% ini ditangguhkan ke satu tarikh yang lain.
-mungkin sehingga selepas pilihanraya.
-mungkin esok.
-mungkin lusa.
-mungkin tulat.

-mungkin tubeng.
-mungkin tungken. (bontot ayam)


Yang pasti caj perkhidmatan ke atas pengguna bukanlah dibatalkan.

Aku nak mesej kawan guna talian lain tolak 5 sen pun aku kira berapa kali boleh mesej tahu.


Nota kaki: Macam terlewat post je pasal 6% ni.

Tuesday, August 30, 2011

:)

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.

serta

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-54 (kalau tak salah)

Tuesday, August 16, 2011

Naik Van Ada Tulisan 'BAS SEKOLAH'

Waktu tadika,aku belajar kat tadika PASTI. Ye, Pusat Asuhan Tunas Islam. Nama je Tunas Islam. Besar-besar ada jugak antara kami perangai macam Iblis. (termasuk aku). Tak ingat ke dulu-dulu kita belajar ainun mata, babun pintu, maktabun meja, kitabun buku, baskawitun biskut, arba'atun empat, khomsatun lima, 'asyaratun sepuluh?

Tadika ni dari rumah aku jarak die dalam 4 kilometer. Sebagai anak yang manja dan comel, ayah akan hantar dan jemput aku dari tadika. Tapi tak lama,dalam sebulan je sebelum ayah aku bertukar fikiran. Mungkin kerana aku anak sulung, ayah nak aku berdikari dari umur yang muda. (Agaknya la) Berdikari waktu umur 6 tahun ni sesuatu yang rare dan jarang anak melayu kite buat. Jadi aku kene naik van Makcik Hasnah. (Damn!)

Sampai sekarang aku tak puas hati apasal tulisan kat tepi van tu tulis 'BAS SEKOLAH'. Ia adalah sebuah van!

Masa first day nak van pegi tadika,memang takde masalah. Cuma duduk kene sempit-sempit sikit. Walaupun ayah takde teman pagi tu, tapi ustazah-ustazah tudung labuh pandai betul pujuk sampai aku tak jadi nangis. Aku syak ustazah-ustazah ni mesti ada belajar ilmu pujuk anak-anak kecik. Kalau tidak, masakan aku boleh main 'polis and thief one two jaga,polis mati pencuri jaga' dengan riang pagi tu.

Time balik, yang naik van akan tunggu dalam tadika sampai Makcik Hasnah sampai. Aku pun tunggu macam budak-budak lain. Bila Makcik Hasnah dah sampai,semua naik takde tolak-tolak. Bagus betul Tadika PASTI ni didik anak murid.

Van pun jalan macam biasa.

Dalam van ada macam-macam keropok untuk kami habiskan duit dan rosakkan gigi. Ada keropok roda, gula-gula buah-buahan, aiskrim milo dan macam-macam lagi. Tapi sebab ibu aku tak bagi beli benda bukan-bukan,aku tak beli, lagi pun aku takut Makcik Hasnah ni report ibu aku. Alah budak kecik, benda-benda macam tu pun dah boleh buat berdebar takut berdosa.

Sampai dekat lorong kawasan rumah aku, Makcik Hasnah cakap dari depan, 'Aswad, dah sampai rumah kamu'. Aku tau situ aku patut turun,tapi dia panggil nama Aswad. Aswad bukan nama aku. Aku tak turun. Aku tunggu je. Makcik Hasnah ni pun bukannya tengok aku dah turun ke belum. Lagi satu hal, Aswad tu maksudnya hitam. Parents mane nak anak die nama 'hitam'?

Bila Makcik Hasnah dah hantar semua budak, baru dia terpandang aku dekat belakang.
'Eh,kenapa kamu tak turun tadi? Kan makcik dah panggil nama kamu suruh turun? ujar Makcik Hasnah.

'Tapi tadi makcik panggil Aswad, nama saya Asyraf..' balas aku sayu, air mata turun dari pipi.


Balik tu aku terus merajuk dengan ibu tak nak makan tengahari. Lepas kene hanger baru aku buat-buat rajin carik nasik dekat dapur.

Friday, August 12, 2011

Cerita Ibu

Cerita ibu, semasa ibu bersekolah rendah, ibu pernah tinggal berseorangan di kampung. Sedang ibu tidur,ibu terdengar derap-derap kaki di tingkat atas. Seperti bunyi orang berlari,cerita ibu lagi. Ibu bangun dari pembaringan, ingin melihat apa di tingkat atas. Ibu bercerita, semasa ibu di tangga hendak menuju ke tingkat atas, ibu terlihat seekor toyol berlari-lari bermain dan mengejar seekor rama-rama. Cerita ibu berakhir di situ.


*****


Waktu aku tingkatan dua di asrama pada bulan puasa.

Minggu tu aku tak balik rumah. Ramai budak yang balik. Asrama sunyi. Aku dengan kawan-kawan tidur awal sebab nak bangun sahur. Lagi pun kalau tengah tidur, senior-senior takde datang kacau suruh urut badan atau basuh baju. 

Dalam pukul 2, aku terdengar orang berjalan dekat koridor luar bilik. Bunyik tapak kaki tu memang jelas. Aku bukak mata sikit-sikit. Kat luar gelap. Semua kat bilik tengah tidur. Aku tutup mata balik. Peluh kat badan dah start keluar.

Dah setengah jam, bunyik tu ada lagi. Setengah jam jugak aku tahan kencing. Aku teringat cerita mak aku dulu. (cerita kat atas) Berani dia pergi tengok bunyi tu datang dari mana. Aku pun tiba-tiba nak cuba tengok. Kalau balik nanti boleh aku cerita jugak aku nampak toyol main kejar-kejar dengan semut. Pikir aku masa tu.

Aku bangun. Slow-slow pergi dengan pintu. Perlahan-lahan aku intai dari pintu yang terbukak. Takde ape. Tapi bunyi tu dekat betul. Aku amati betul-betul. Aku pandang Azwan yang tengah tidur. Rasa nak karate tengkuk Azwan ni pun ada. Apasal tidur sambil gigit gigi keluar bunyi selipar?



Aku terus pergi kencing dengan megah.

Wednesday, August 10, 2011

Puasa ke-9 2011

Hari ke-9 ni memang aku buat persiapan sahur. Dah 8 hari puasa so memang dah biasa bangun pagi-pagi nak sahur. Aku makan dengan Hafizudin, dekat McD Kajang sambil borak pung pang pung pang. Sebagai seorang pelajar, subjek kami jauh melebihi umur kami dengan bersembang pasal bisnes dia, jatuh bangun ekonomi Malaysia, dan nak bagi sedap lagi, kami ada jugak cerita pasal gadis-gadis masa sekolah rendah.

Lepas bersembang dengan suasana kenyang sampaila jadi lapar balik semula, pukul 5 pagi kami pulang.

Pukul 7.30 dah bangun nak pegi office. Kat office memang mengantuk gila. Selalunye kalau mengantuk kat office, aku tidur kejap, dalam 30 minit atau 1 jam. Tapi hari tu memang tak dapat tido. Ada je kerja kene buat.

Jam dah pukul 4, waktu balik office ni dalam bulan Ramadhan. Aku memang terus siap-siap nak balik, takda nak singgah Masjid Kajang dan buka kat sana macam selalu. Sampai rumah, terus baring tido, kat luar pulak tengah hujan, memang heaven.

**********

Aku dengar bunyi tapak kaki masuk bilik. Aku pandang. Faiz tengah berdiri. Selalunye kalau Faiz nak berdiri maknanya aku kena bangun nak siap pegi kerja. Tapi kat luar gelap lagi. Aku tengok jam, pukul 10.35 malam.


Aku terus pergi dapur, goreng telor tak tunggu minyak jadi panas. Lapar bai!

Wednesday, August 3, 2011

Percubaan Pertama Seorang Kawan Menulis Cerpen

“Sekian, berita hari ini” habis je berita utama di TV3 tu gua pun capai remote tekan butang off. Malas lah nak tengok cerekarama minggu ni. Tadi gua tengok iklan dia macam bosan je. Tajuk pun Limah Sate Pulang Rumah, hape kejadah? – gua monolog dalaman. Eh bingit pula bunyi ngiang-ngiang nyamuk kat telinga gua ni. Semak betul, gua nak berehat pun payah!!

Ah tak boleh jadi ni, gua ambil spray Shieldtox gua spray sepuas hati gua. Arggghh!! Puas bila gua dapat tengok nyamuk-nyamuk ni berterbangan pening-pening lalat. HAHA – gelak gua dalam hati. Mana gitar gua ni? Baik gua siapkan lagu yang Apai mintak tu karang tak pasal gua kena hamun dengan dia. Gua dah lali tapi yang buat gua tak tahan adalah bau mulut dia. Hampeh! Macam bangkai!

Greng greng – bunyi gitar, gua tune sikit. Tangan gatal sape lah yang mendajal tune gitar gua ni. Ni mesti kerja Din Untut ni. Yelah semalam dia ajak gua jamming gua tolak,  gua kasi alasan gastrik. Last-last dia balik jamming semalam gua takde kat rumah dating ngan matair gua si Anis tu, mana tak hangin dia. Ni lagi satu hal, bukan gua tak nak jamming ngan dia tapi setiap kali jamming gua je kena “dulu” kan duit gua. SETIAP KALI bukan sesekali. Aaaahh, lemak, sekali jamming dah RM50, kalau 2 kali dah RM100. Rabak lah poket gua. Kami biasa jammed di studio Ah-Pat dekat simpang sebelum Sekolah Rendah 3 Kolah tu, memang mahal, cekik darah, tapi apa nak buat, duduk kawasan jin bertendang memang macam tu.

*Papapamericano~* henpon gua bunyi. Cepat-cepat gua lari masuk bilik. Gua komfem ni mesti awek gua yang call nak bagitahu dia dah sampai Kuala Pilah sebab pagi tadi dia baru bertolak, kurang-lebih mesti sekarang dia dah sampai tak pun dia nak cakap dia tak puas “beraksi” ngan gua semalam. HEH HEH – gua tersengih-sengih. Gua tengok henpon, eh ini nombor mak awek gua ni, apehal lak dia call? Nak mintak hantaran ke apa? Lek lah makcik, spender gua pun mak gua beli, ni plak nak kasi duit hantaran. Tak sabar betul bakal mak mentua aku ni. “Assalamualaikum makcik,” gua control suara, control hensem sebenarnya. “Waalaikumsalam, ajib. Ajib, ni makcik nak bagitahu….”

*ding dong*

Sape lak yang datang nak-nak maghrib ni? “er, maaf cik, kejap ye, nanti saya call balik, ada tetamu,” pap! Aku terus letak phone. Aku berlari-lari anak ke pintu depan, sambil menyarung seluar panjang dan mencari kunci pagar. Takkan nak buka kunci pagar nak pakai boxer kot? – gua komen diri sendiri.
“Eh, Anis? Sayang kata nak pegi Kuala Pilah pagi tadi?,” gua punya perasaan bercampur baur. Macam-macam ada dalam kepala otak gua sekarang. Anis ni tipu mak apak dia ke? Atau betul sangkaan gua yang dia tak “puas” dengan gua semalam? Ah, pedulikan. gua tengok awek gua ni ayu je pakai baju kurung putih. Anis senyum pandang gua, ah, cair~ “Anis datang nak tengok abang, Anis rindu abang,” alahai sayu nye minah ni punya ayat. Memandangkan dah nak maghrib, gua takde lah ajak Anis masuk rumah. Gua pun reti hormat Maghrib lah beb!

“dah tu Anis tak pegi Kuala Pilah ke?,” aku garu-garu kepala yang tak gatal. Hari ni aku tengok Anis lain sikit, lebih manis dari biasa. Tadi aku tak sempat hantar dia pergi stesen bas, hanya sempat berbual melalui henpon. “Anis pergi, tapi Anis teringat abang, sebab tu Anis datang sini. Anis ada sesuatu nak bagitahu abang dan Anis ada sesuatu nak beri pada abang,” Anis pandang muka aku dan tersenyum. “Anis nak bagitahu apa dekat abang, sayang? Kenapa tak message atau call saja?,” *papapamericano~* ah, henpon ni bunyi lagi, kacau lah! “sayang jap, abang ambik henpon,” aku lari-lari babi ke dalam rumah mengejarkan supaya sempat mengangkat panggilan tu. Kenapa babi? Sebab gua bengang, potong stim betul gua nak borak dengan awek gua. Eh, apehal la mak Anis ni nak call lagi? Oh lupa, tadi gua dah janji nak call dia balik. “Assalamualaikum , ye makcik, ada apa?” Tanya aku malas-malas. “HA?!! APA??!!! ANIS TERLIBAT DALAM KEMALANGAN BAS DI BUKIT PUTUS????”

Gua terduduk, kaku. Gua kalut dalam bisu. Gua pandang ke pintu terus pandangan gua tertancap pada pagar tempat gua borak dengan Anis tadi. Anis dah tiada disitu. Habis dengan siapa gua borak tadi?? “ARGH!!! Anis!!!! Kenapa cepat sayang tinggalkan abang??!!” Raung gua sendiri.

*******************************************************************

“Abang, maafkan Anis kerana terpaksa pergi dulu. Anis terlalu sayang dan cintakan abang, sebab itu tadi roh Anis tak tenang. Anis singgah dengan niat ingin melihat abang dan memberitahu abang hal sebenar. Walaupun kita tak dapat berborak seperti biasa tetapi Anis percaya bahawa abang mendengar setiap butir biacara terlafazkan dari jiwa Anis. Maafkan Anis abang, ambil lah kad yang telah Anis tulis sempena ulang tahun hubungan kita yang ke-3. Semoga abang tak lupakan Anis sampai bila,”

*******************************************************************
“ADOI!! Sakit lah gile!! Apehal main baling-baling bantal ni??,” jerit Muzakkir. “Ah sudahlah kau Muzakkir, kata heavy metal tapi tengok drama Anis ni pun kau boleh bantai nangis,”

-HABIS-


Ini adalah cerpen (cerita pendek) yang dihantar oleh Nadia Mohaniz. Ini adalah kali pertama Nadia menulis cerpen kerana sebelum ini beliau banyak mengubah ayat untuk membuat puisi-puisi indah. Puisi-puisi indah beliau boleh didapati di nadiamohaniz.blogspot.com.

*Cerpen ni memang tak kena langsung dalam bulan Ramadhan.

Monday, August 1, 2011

Ramadhan 3 Tahun Lalu II

Sambungan..


'Bukan main meriah lagi main kad sambil mencarut,sampai bawah boleh dengar' muka Rizal senyum.
Dua tiga budak kucar kacir sorok kad bawah bontot. Yang lain terdiam tak tau buat ape. Kalau ada yang menyamar jadi tiang katil memang buat silap besar. Semua budak diam. Tunduk pandang lantai.

'Kad sape ni?' Rizal tanya sambil senyum. Semua diam lagi.
'Ala,jawab la,kad sape ni,aku tanya je,bukan nak marah' Rizal try psiko kepala budak-budak ni.
Semua diam lagi. Tak makan psiko betul budak-budak ni.
'Pang!' yang paling dekat dengan Rizal terus pegang pipi.
Tak sangka betul Rizal tiba-tiba nak tanya style mcm tu.

'Kad dia bang' tangan budak pegang pipi tunjuk dekat budak saiz XL.
'Korang semua ikut aku' kata Rizal.
Kalau tadi Rizal boleh nak senyum-senyum lagi,sekarang dah tak boleh. Budak-budak tadi semua tukar baju t shirt kolar,masuk baju dalam seluar slack, ikut Rizal pegi bilik dia.
Student-student lain tengok je budak-budak ni ikut Rizal.
'Habis la diorang' pikir mereka.

Bilik Rizal dekat tingkat tiga. Sampai je bilik, Rizal duk kat katil dia. Budak-budak semua berdiri berbaris. 'Kau kira kad ni ade berapa' kata Rizal kat budak XL.
'52 keping bang' kata budak XL.
Rizal hulur tangan. Budak XL hulur kad. Tak payah bersuara, hati junior senior ni bagaikan dah bersatu.

'Ok,sekarang ade 52 keping, aku bagi masa seminit, aku nak kad ni ada 52 keping jugak. Kurang satu kad aku sepak sorang sekali' sambil Rizal cakap sambil Rizal baling kad tu kat belakang blok yang gelap.
Malam tu boleh tahan jugak budak-budak Tingkatan tiga ni menjerit kene sepak. Rizal pulak makin lama makin 'terbang' pahala puasa dia satu persatu.

Tapi tu cerita tiga tahun dulu. Sekarang Rizal pijak semut pun tak mati.

Sunday, July 31, 2011

Ramadhan 3 Tahun Lalu

Esok Rizal dah berkira-kira nak sahur telor goreng dengan sos cili Kimball atau telor goreng dengan kicap. Akhirnya Rizal pilih telor goreng dengan sos cili Kimball dan kicap. Sempat jugak Rizal doa dalam hati 'Singgah Sahur TV3' tu ada datang singgah rumah esok pagi,tapi bila pikir-pikir balik, segan pulak kalau bilik dia yang bersepah tu orang Malaysia tengok,dia cepat-cepat batalkan doa.

Rizal teringat macam mana dia sahur kat asrama. Senang je tak payah masak-masak macam sekarang. Tak payah basuh kuali, tak payah nak percik-percik minyak panas kat tangan. Datang ambik nasik ambik lauk, sambil pejam mata pun dah boleh kenyang. Lauk sahur kat asrama memang sedap, kalau nasib baik akak tu takde jaga lauk, tambah lauk tiga kali pun boleh.

Rizal jugak teringat masa dia jadi pengawas asrama masa tingkatan 5. Junior-junior semua takut dengan Rizal. Jalan dekat tingkat budak tingkatan 2 dengan tingkatan 3, semua tak berani berselisih dengan Rizal. Maklum la dulu Rizal main ragbi dekat sekolah, jalan pun mendada je tak reti nak bongkok merendah diri memandang bumi. Bercakap dengan junior pun tengking-tengking. Kadang-kadang lagi dahsyat,bercakap dengan kaki.

Satu hari dalam bulan puasa, Rizal round tingkat budak tingkatan 3, Rizal jalan senyap-senyap tak bagi bunyi, saja nak tengok budak-budak ni buat ape kat bilik lepas tarawikh kat surau. Mana la tau tengah baca Quran ke, buat solat sunat jemaah kat bilik ke, sejuk la jugak hati abang senior macam Rizal ni. Takde la nak jerit tak tentu hala macam selalu.

Rizal jalan paling slow. Rizal cuba jalan macam kucing, tak ada bunyi. Walhal Rizal bukan tau pun kucing jalan macam mana. Rizal takut kucing. Tapi Rizal cuba jugak. Rizal intai dari tingkap, nampak lima orang budak tingkatan 3 main kad poker atas katil, sambil gelak-gelak mencarut dalam bahasa Inggeris. Rizal panas hati tapi tahan. 'Budak-budak ni kena nasihat dulu, tak elok main marah je', baik pulak hati Rizal malam tu, berkat syaitan kena ikat.

bersambung...

Friday, July 22, 2011

Waktu Makan Tak Sesuai Bergurau

Kami duduk di pantry. Masing-masing makan makanan yang disediakan office untuk sarapan pagi. Kami makan berlima. Susah nak makan sama-sama macam ni. Selalunye ada yang datang lambat, ada yang pagi-pagi pergi berak dulu lepas tu baru nak makan breakfast, ada jugak jenis makan sorang-sorang. Tapi entah macam mana, pemuda-pemuda lima orang ini diberi izin dan jodoh oleh Tuhan untuk sarapan bersama.

Kami sembang pung pang pung pang pung pang. 

Sampai satu ketika, salah seorang dari kami iaitu Tajudin terbukak cerita pasal kerja yang akan kami lakukan lepas ni.
'Yang projek Sunrise tu submit bile ea?'

'Time makan ni jangan borak pasal kerja,kan Bos ade bagitau dulu' Abang Lebai mencelah sambil kunyah nasik. Muka garang. Macam biasa. Semua diam tak melawan. Kalau pikir-pikir,ade betul jugak cakap Abang Lebai.

'Time makan,kita makan la...'Abang Lebai berhenti sebab telan nasik. Suasana hening. Bunyi 'Gulp!' telan nasik kat tekak Abang Lebai jelas kedengaran.

'Time kerja pun kita makan jugak..'

Aku memang tak tunggu lama. 'PAPP!!' Aku terus karate meja. Aku cekik leher baju Abang Lebai.
'Apahal kau buat lawak sambil muka serius?! Ni nasik aku yg tersembur kat lantai sape nak kutip?!'

Friday, July 15, 2011

Diari Pagi Jumaat Saya Tadi

8.00: Aku bukak mata, Faiz kejut. Dia dah siap pakai kemeja,macam biasa. Aku cepat-cepat bangun pergi bilik air. Kena punch card pukul 8.30.

8.02: Tengah mandi, rahmat Tuhan dari langit turun. Hujan pagi Jumaat. 

8.18: Aku dah dekat depan pintu rumah. Hujan lebat dekat luar. Nak tunggu berhenti macam kene tunggu sampai pukul 10 je. Kami kene buat pilihan. Nak kebasahan dalam hujan atau kene maki sebab lewat.

8.34:Kami pilih kebasahan.

8.37: Highway LEKAS. Faiz bawak slow je, sebab jalan licin. Rata-rata pemandu kereta bawak macam takde perasaan kesian kat penunggang motor atau tak belajar Fizik 'cecair boleh memercik'. Seluar habis basah. Enset masuk air. Aku tahan kencing.

8.50: Sampai office, aircond bukak kuat gila. Kami lega sebab tak kena maki. Aku bertambah lega dapat pergi toilet.





Aaaaahhhhh~~~~




Friday, July 8, 2011

Fitrah

Linda baru sahaja selesai membersihkan pinggan mangkuk di sinki. Walaupun bekerja di sebuah syarikat besar, tanggungjawabnya di dapur tidak dilupakan. Setelah mengelap tangannya yang basah, dia menoleh ke arah jam dinding. 'Owh,dah pukul 9.00',detiknya dalam hati. Seperti hari Khamis-malam-Jumaat yang lain, waktu inilah yang di tunggu-tunggu oleh Linda dan pasangannya, Suhaimi.

Di ruang tamu, Suhaimi masih dengan komputer ribanya sambil kadang-kadang menjeling ke arah anak tunggal mereka Ikmal, yang berusia 3 tahun. Suhaimi melihat Ikmal asyik bermain dengan kereta ferrari mainan dan sebiji bola. Suhaimi sempat berdoa di dalam hati agar Ikmal mempunyai bakat pemanduan kereta F1 atau pun mempunyai skill bermain bola yang tinggi sebagai back up sekiranya anaknya itu fail SPM apabila besar nanti.

Linda menuju ke arah ruang tamu. Melihatkan anaknya leka bermain, Linda pun ikut bermain sama. Niat Linda sebenarnya adalah untuk membawa Ikmal tidur sedikit awal malam ini memandangkan Linda dan Suhaimi masing-masing akan sibuk sebentar lagi sama seperti hari Khamis-malam-Jumaat yang lain. Linda pun mengambil permainan-permainan tersebut dari Ikmal. Ikmal mula menangis sambil menghentak kaki...

Tamat.

Secara fitrahnya, manusia telah diberi sifat 'melawan apabila dizalimi' sejak seseorang itu dilahirkan. Seperti contoh Ikmal yang menangis dan menghentak kaki apabila merasakan dia dizalimi apabila haknya(permainan) dirampas. Oleh itu, memang dari dulu lagi, perang tidak dapat dielakkan. Sepatutnya sebuah negara Islam diwajibkan menggempur negara kufur setahun sekali, tapi sejak pupusnya sistem khalifah, ia tidak lagi berlaku, mungkin juga disebabkan termakan kata-kata barat bahawa orang Islam boleh berperang hanya jika ditindas.

Oleh itu, tidak hairan jika rakyat-rakyat marhaen akan bersuara jika hak mereka ditindas. Mereka hanya bangun dan menyuarakan hak untuk mengundi dengan bersih dan adil. Belum lagi hak-hak yang lain.

Tuesday, June 28, 2011

Malam yang Hangat

Rizal menghembus kuat nafas. Hatinya panas. Sepanas biliknya pada malam itu. Kipas duduk berjenama murah yang baru dibelinya dua minggu lepas ditekan-tekan pada butang nombor 3. Kipas yang berputar itu masih tidak dapat menyejukkan hatinya. 'Gampang!' bisik hati Rizal. Kalau duitnya tidak dihabiskan untuk membeli barang-barang aneh seperti broadband dan extension wayar, sudah lama dia membeli kipas berair (yang mengeluarkan air).

Rizal mencapai sebatang rokok. Dinyalakan hujungnya. Disedut dalam-dalam. Matanya dipejamkan. Menikmati setiap udara di dalam tenggoroknya. Dilepaskan asap berkepul-kepul ke atas. Atas kepala Rizal, kelihatan jin-jin sedang berpesta makan asap. Tidak dihiraukan barang sedikit pun oleh Rizal. Dia membuka baju. 'Barulah sejuk sikit..' bisiknya lagi.

'Apasal tak boleh-boleh ni. Selalunya senang je..' Tangannya menekan-nekan mouse. Burung-burung berwarna warni sedang beratur di sebelah kiri skrin, sedia menghambat babi-babi bermuka babi yang berbadan hijau. Burung berwarna biru bertukar menjadi tiga. Burung berwarna hitam boleh meletup. Burung berwarna kuning berkebolehan sprint di udara. Burung berwarna putih boleh menngugurkan bom yang juga di udara.

'Ah,ketagih aku main menatang ni.. Cilake mane yang design game ni.' Rizal bukak tab baru di sebelah tab facebooknya. Chat dari gadis-gadis tidak lagi penting baginya. Yang penting bagi Rizal adalah mendapatkan nama pencipta game tersebut. Rancangannya, setelah mendapat nama creator game tersebut, Rizal akan mendapatkan mesin masa untuk kembali ke zaman silam, dan membunuh creator game itu.

Rizal bukak wikipedia.

Rizal puas. Esok dia akan mengupah dua Melayu paling merendah diri dan bijak iaitu Prof. Rozmey dan Berahim Ali untuk menyiapkan mesin masa. Dasar manusia suka bertangguh.

Sementara itu, Rizal masih mencuba, mencuba, mencuba, mencuba, mencuba, mencuba, mencuba, mencuba, mencuba, mencuba, mencuba, mencuba, mencuba, mencuba, mencuba, mencuba, mencuba, mencuba, mencuba, mencuba, mencuba, mencuba, mencuba, mencuba, mencuba, mencuba, mencuba, mencuba, mencuba, mencuba, mencuba, mencuba, mencuba, mencuba, mencuba, mencuba, mencuba, mencuba untuk menghabiskan level game tersebut.

Jam sudah menunjukkan pukul 3 pagi. Kemeja untuk ke pejabat masih tidak lagi Rizal gosok. Baju-baju seharian masih bersepah di lantai tidak dikemas. Baju di mesin masih belum di sidai. Sampah plastik oblong dan burger semalam masih tidak di buang. Level game masih tidak sudah.

Kalau duitnya tidak dihabiskan untuk membeli barang-barang aneh seperti broadband dan extension wayar, sudah lama dia membeli kipas berair (yang mengeluarkan air). 'Gampang!' bisik hati Rizal. Kipas yang berputar itu masih tidak dapat menyejukkan hatinya. Kipas duduk berjenama murah yang baru dibelinya dua minggu lepas ditekan-tekan pada butang nombor 3. Panas biliknya pada malam itu. Sepanas hatinya. Rizal menghembus kuat nafas.


bersambung...

Friday, June 24, 2011

Nama

Waktu aku tingkatan 1 di sekolah menengah dulu, rakan-rakan sebaya atau tak sebaya akan panggil aku dengan nama 'Acap'. Waktu di tingkatan 2, aku pilih ragbi sebagai sukan aku. Sampai satu masa di tahun yang sama, sorang lagi Asyraf dalam batch aku pun join ragbi. Masalah dah mule timbul, panggil Asyraf, dua-dua menyahut. Jadi coach decide untuk bagi nama gelaran kat aku. Jadah ape aku pulak kene pakai nama gelaran? Aku yang masuk ragbi dulu.

Tapi siapa lah aku yang kecil ini untuk melawan coach yang besar itu.

Aku dapat gelaran nama 'Lebai'. 4 tahun aku pakai nama ni tahu. Sebagai anak muda pada waktu itu, aku rasa nama ni tak bunyi British langsung.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Kat offiice ni ade sorang uncle name die Abdullah Faqir. Dan orang panggil die 'Lebai'.

Bila bos panggil, 'Lebai!!'
aku yang terkejut.

Bila technician panggil 'Lebai..'
aku yang menyahut.

Bile akak lawa kat situ panggil 'Abang Lebai...'
Aku yang menoleh sambil tersenyum.

Dah berapa kali aku malu kat office ni. Tahu.

Wednesday, June 15, 2011

Praktikal ii

Aku start first day praktikal dengan tak berapa lancar. Aku bukak-bukak mata, Faiz (budak praktikal yang sama dengan aku n tumpang duduk rumah aku sepanjang praktikal) dah siap pakai pakai nak pegi office. Aku terus bangun pegi mandi. Walaupun lewat, aku sempat mandi bersabun.

Keluar-keluar toilet, Faiz dah siap pakai baju kemeja, seluar slack, dengan tie. Aku pun bergegas menyiapkan diri sebab taknak melambatkan Faiz yang dah siap awal.

Kene pakai tie ke? soal aku..

Kene la agaknye kot. Lagi pun aku nak markah kekemasan pakaian. jawab Faiz. Yakin.

Tapi, Tajudin kata tak payah. Kite kan praktikal kat syarikat swasta. Pakaian die bebas sikit. aku cube meyakinkan Faiz.

Ikut kau la,aku nak pakai. balas Faiz.

Sampai office, orang yang kerja lama kat situ bagi taklimat. Di akhir taklimat yang berdurasi lebih kurang 10 minit itu, abang tu tiba-tiba kata,

Sape name kau? sambil tangan tunjuk arah Faiz.

Faiz. jawab Faiz. Yakin yang nama die Faiz.

Bukak la tie tu, rimas abang tengok. kata abang tu.

Perlahan-lahan, Faiz bukak tie.
Aku tahan gelak setahan yang boleh. Nasib baik aku tak pakai tie, stoking pun sebelah lain sebelah lain.

Tuesday, May 31, 2011

Praktikal

Aku dah start praktikal. Tak boleh nak main-main sangat. Kalau member/family/n girl kol, aku tak sabar nak cakap 'Kejap ye, aku/along/saya tengah kat office ni..'

Pergh!!!!

Thursday, May 5, 2011

Pageview

Ketika entry ini di tulis, total pageviews blog ini adalah 1,084. Dan setakat hari ni, entry blog ni sudah dua kali di link di Facebook. Yang menjadi tanda tanya saya, walau sudah di link di Facebook, mengapa pageviews blog ini tidak menjadi 3 juta?

Dan saya rasa, dari 1,084 pageviews, 1,050 daripadanya adalah saya sendiri.

Saya akhiri entry ini dengan tasbih kifarah dan Surah Al-Asr.

Wednesday, May 4, 2011

Cerita Hantu di VI

Ni kisah yang aku dengar, sebab aku tak pernah kena.. Nak lagi cerita lain, boleh pergi sini, ni another Victorian

-Mase aku form 1, ade sorang form 4 datang lepak kelas aku, die cerita kat aku dan beberapa orang. Kata dia, cerita ni dari sorang cikgu. Cikgu tu tengah dalam bilik guru, time tu nak dekat maghrib, ade beberapa lagi orang guru lain dalam tu.Tengah masing-masing bizi dalam tu, tibe-tibe lalu askar tanpa kepala berpakaian tentera jepun kawad dari hujung dinding, lalu tembus ke dinding hujung lagi.

-Ade senior nasihat kat aku, kalau petang, jangan lepak kat pavilion (stor sukan) sebab takut terjumpa seorang tua yang mintak duit syiling. Aku tak tau die nak buat ape dengan syiling tu.

-Cerita ni dari kawan aku, pernah budak pancaroba pancaragam training kat padang waktu malam. Tengah berbaris, lalu diorang pun kira berapa orang dalam barisan. Tengok-tengok kurang sorang. Lalu diorang pun kira lagi sekali, kali ni lebih sorang. Jeng jeng jeng..

-Kat VI, ade blok makmal kimia, kat situ kalau aku lalu petang-petang, memang meremang bulu roma. Dengar cerita kat situ keras.

-Dekat dengan makmal kimia, ade satu tandas. Satu lelaki satu perempuan. Owh, dua sebenarnye. Tandas tu time 2007 baru bukak, waktu akhir tahun, semasa aku form4 kalau tak salah. Walaupun dah bukak, tandas tu nampak tak terjaga. Aku rasa makcik n pakcik cleaner mesti ade sebab yang kukuh untuk tidak menjalankan tanggungjawab mereka.

-Cerita ni dari kawan aku, Arif Kader name die. Satu hari die pergi tandas yang dekat makmal kimia, dengan lagi sorang kawan. Sebab manusia biasa tak pergi tandas tu sorang-sorang. Time die dalam tandas tu, ade senior masuk jugak, senior tu tegur

'Weh, kau hisap rokok ke?' senior bertanya ganas.

'Eh, tak lah bang..' jawab Arif Kader sambil tahan kencing.

'Ah,aku tak percaya, bak sini tangan kau' senior tak puas hati.
Arif Kader pun hulurkan tangan. Senior tu bau tangan Arif Kader.

'Pergh,ni bukan bau rokok, ni bau taik!!!'


Macam haramjadah kan? Tak 'Khurafat' langsung cerita last sekali.

Thursday, April 28, 2011

Keusahawanan

Aku baru belajar subjek keusahawanan. Biar aku kongsi sikit ape aku belajar sume dekat kalian.Dalam bisnes, ade 4 cabang penting bagi menjayakan sesebuah perniagaan. Pengurusan, pemasaran, operasi, dan kewangan.

Pengurusan
Memerlukan kepimpinan yang bagus. Pengurusan ni kene pikir macam mana nak jalankan syarikat. Macam kene pikir bilangan pekerja, jumlah gaji, dan.. dan.. sebagainye.

Pemasaran
Kena promosikan produk. Contohnya mengambil artis sebagai duta syarikat. Contohnye lagi, kat mane kite nak pasarkan. Sasaran pembeli kite, berapa peratus pasaran kite dalam pasaran pengguna, jual kat mane, dan benda2 lain.

Operasi
Aku tak ingat.

Kewangan
Menguruskan akaun syarikat, wang keluar dan wang masuk, menentukan jenis harga yang ingin ditetapkan seperti berdasarkan kos, berdasarkan persepsi pengguna, atau berdasarkan harga pesaing dalam pasaran.

Benda sekarang kalau aku beli pen harga 80sen, aku bagi seringgit dapat baki dua bijik gula-gula, ni meniaga style ape ni..

Greater KL (Entry Pengetahuan Pertama Aku)

Map tak berapa lengkap
'Greater KL' adalah kesinambungan bandar KL sedia ada dan Lembah Klang. Konsep ini sama dengan bandar-bandar utama lain di dunia seperti 'Greater London' dan 'Greater Toronto'. Keluasan 'Greater KL' ini adalah lebih kurang 2,793.27 kilometer persegi. Ia meliputi 10 bandar lain di sekeliling Kuala Lumpur seperti Putrajaya, Shah Alam, Petaling Jaya, Klang, Kajang, Subang Jaya, Selayang, Ampang Jaya dan Sepang.

Sekarang kau bagitau aku, apasal aku tak boleh mengaku aku duduk KL. Ha,cakap! Hahaha

Wednesday, April 27, 2011

Hati Resah Mase Minggu Exam

Aku duduk Kajang dah 19 tahun. Mase aku kat VI, rata-rata kawan-kawan duduk dekat KL. Kalau kawan tanya aku duduk mane, aku tak jawab KL, aku jawab Kajang.

Tapi kalau kat Uitm ni..
Budak Penang: Kau duduk mane? KL ke?
Aku: Eh,taklah, Kajang.
Budak Penang: La... KL la tu..
Aku: Ok.


Luaskan KL?

Thursday, April 21, 2011

Hari Jumaat Hari Pegi Masjid

Aku tengah tunggu tiket bas. Tiket tu tak datang melayang. Ade orang belikan. (Aku tak tau beli tiket bas). Aku bukak paper. Tajuk depan 'Badang Asia rebah'. Ade gambar Malik Noor pegang dada. Aku teringat kematian.

Tidak semena mena,(aku sengih mase tulis perkataan ni) datang dua gadis tudung labuh. Kat tangan pegang kertas. Tanye aku macam-macam. Aku jawab macam-macam. Soalan paling last 'Macamana kite nak galakkan orang pergi ke masjid?'
Aku jawab dengan konfiden, takde peluh menitik kat dahi langsung. "Kalau boleh, pihak berkuasa masjid kene banyakkan program untuk anak-anak muda, bla bla bla bla.."

Hari pun dah pukul 11 tengah hari, aku kol kawan lame aku, Zuhair name die, aku panggil 'Orang Utan'. Die ambik aku, aku lepak rumah die. Kami borak panjang.


**************

-Dalam borak tu, aku cakap Malik Noor dah meninggal.
Sape suruh kacau aku mase baca suratkhabar, kan dah salah maklumat.
-Kami borak panjang sambil main PS2, Jumaat ntah ke mana, masjid ntah ke mana. Ni sume salah setan.
Aku dengar ade orang nampak BigFoot, aku syak mamat ni puncanya.

Wednesday, April 20, 2011

Hari Sukan 2011

Dah lame rasenye aku tak gi Hari Sukan. Dulu kat VI, dari form 1 sampai form 4, memang aku tak pegi. Ade sekali mase form 3 kalau tak salah, aku pegi tengok perasmian je, itu pun sebab nak tengok Jalani Sidek rasmi Hari Sukan. Lepas tu aku terus jalan kaki pagi Times Square tengok movie or cuci mata.

Untuk 2011 ni, aku dah ok sikit. Dah pandai berfikir. Takkan aku nak pegi Ipoh tengok movie time Hari Sukan? Aku pun main la futsal. Guna pengalaman hari2 main bola kat padang dengan kat dalam bilik.

Ape? Tak nampak muka? Lighting tu.
Dah lame tak pakai seluar panjang time bersukan. Dulu kat VI lepas game selamba je bukak baju pakai seluar pendek. Sampai ade Cikgu Kanan kate lagi elok kitorang tak pakai baju tapi pakai seluar panjang. Oh ye, cikgu tu perempuan.

Baju senget sebelah, warna kulit dah tak sawo matang.

Kulit aku senang betul terbakar. Balik tu aku terus cuci muka dengan mandi pakai air susu. Baru la Khairul `Apek' Fahmi Che Mat.

Rambut panjang bila nak potong. Kat belakang ade gadis tengah stretching.
Lepas ni kalau ade Hari Sukan lagi. Aku nak beli Sunblock.


Saturday, April 16, 2011

Study Week

Minggu belajar pun kene buat kerja. Senarai kerja aku:
4 report GIS (ni subject repeat)
1 Laporan Cadangan Pemajuan
1 report subject Housing Studies
1 report subject Infrastructure
1 report subject Tourism Planning
1 report Final Study (thesis untuk Diploma Perancangan Bandar dan Wilayah)

Satu kelemahan aku, suka tangguh kerja dan tak pernah jadikan kesilapan sebagai cikgu. Eh, ni dah dua kelemahan!

Aku harap aku lulus tanpa Anugerah Dekan. Macam selalu2.   (gaya fikiran positif)
Aku harap aku takde subject yang gagal.                                (gaya fikiran negatif)

Monday, April 11, 2011

CQ4O


Aku beli laptop ni dua tahun lepas. Time tu DDR3 tak siap lagi. Bill Gates lak tengah perah otak buat programming Windows 7. Aku tengah banyak duit tak macam sekarang. Tapi tak banyak duit sangat, kalau tak aku dah beli Apple sebijik.

   Tapi macam biasa berlaku bagi laptop yang murah, memang problem laptop ni. Baru setahun lebih pakai, skrin aku berkelip-kelip. Ade satu garis melintang yang menghalang pandangan aku. Tak sedap betul kalau main dota. Potong stim kalau main Counter Strike. Last2 aku hantar warranty.

   Lepas dah elok, adik aku lak pecahkan skrin,k, ni bukan salah HP. So aku taknak cerita panjang. Aku tukar skrin baru. Tapi baru2 ni, laptop aku tak boleh on. Memang haram jadah. Tak tau ke assignment tengah banyak woi! Kau nak aku lukis pelan pakai manual ke?!

Lepas jumpe kedai cina komputer yang pandai buat kerja, aku nak suruh die tukar skrin laptop aku jadi touch screen. Baru puas hati aku!

Wednesday, April 6, 2011

Tipu!!

Ah Chong seorang pelajar. Satu hari Ah Chong pergi haipermarket, beli barang2. Tapi ade satu barang yang buat Ah Chong tertarik. Bukan magnet peti ais, bukan susu dugro, tapi minyak wangi.

Ah Chong belek2 minyak wangi tu. "Oh, alcohol free, ni sudah baik" bisik hati Ah Chong. Ah Chong cepat2 bayar. Ah Chong lekas2 balik.

Sampai rumah, Ah Chong bukak plastik. Carik2 barang die nak carik. Ah Chong kecewa.

"Tipu!!! Takde arak free pun!" jerit Ah Chong dalam hati. Kuat, tapi tak kedengaran.

Monday, March 28, 2011

Agak Seram..


Aku dapat satu projek. Ubah satu kawasan yang tiada pembangunan menjadi satu kawasan rekreasi. Ade 5 grup. Dan aku adalah ketua grup 1. Antara tugas2 aku, membahagikan tugas2 yang ada ke ahli kumpulan, memastikan ahli kumpulan menyiapkan tugasan dengan sempurna, dan goyang kaki.

Dan salah satu tugasan, adalah, buat kajian tapak. Dan tugasan ni adalah di kawasan Taiping.

Aku dan lagi 6 orang kene masuk hutan. Sume lelaki. Perempuan susah sikit. Geli kat pacat. Tugasan kami adalah untuk menangkap gambar dan melukis denai2 yang terdapat dalam hutan. Untuk memastikan bukti kami kukuh dan tidak berlaku kesilapan, kami merakam video perjalanan kami di dalam hutan. Kami jalan dalam hutan tu macam dalam keadaan beratur, sebab denai tu sempit, kiri kanan pulak pokok2 hutan. Cameraman ada kat belakang sekali untuk merakam kerja2 dan aksi kami. Lebih kepada aksi sebenarnye.

Dah nama pun hutan, mulut kene jaga, dan kami memang takut terakam benda2 asing.

Tiba2, ade satu suara..

"Weh, cameraman duduk belakang. Korang jangan garu bontot pulak. Malu nanti"

"Haishhh....dalam hutan ni, mulut jage sikit.." balas suare yang lain.

Thursday, March 24, 2011

Arah Tuju VI dan Di Manakah Masa Depannya?


Dulu. Mase aku belajar kat VI. Aku budak baik. Tak tau ape itu ponteng. Bende2 yang aku selalu buat adelah beratur tanpa bercakap mase 'lines', makan dengan sopan, dan membaca buku di perpustakaan. Ade buku yang aku pinjam di library VI masih dalam simpanan aku.

Tapi.

Mase aku form 5, aku ade sorang kawan. Biar aku namakan die Mr. B. Die ni pengawas yang anggun. Sume junior kecut perut kalau nampak die. Satu hari, waktu aku nak masuk kelas dengan semangatnye macam selalu2,   Mr. B kate, ''Lebai (nama gelaran aku), jom ikut aku''. Aku kate, "Pegi mane? Aku nak g kelas ni". Die kate lagi, "Alaaa..jom jela.." Sedar2, aku tengah tengok perlumbaan kereta mainan dan basikal. Tapi game tu kene ikut peraturan jalan raya. Aku terponteng tanpa sedar, Apakah hukumnya?

Akhir kata, semoga Mr. B jadi insan yang cemerlang di hari muka dan tidak mengajar orang lain ponteng lagi.

Amin.

Saturday, March 19, 2011

Perasan

Pada suatu tengahhari yang terik, aku dan Amir Fitri mencari sesuap nasi di dewan makan. Perjalanan 5 minit dirasakan cukup lame. Sebagai manusia berdisipin seperti penduduk Jepun, kami beratur menunggu giliran. Usai membeli makanan, kami beratur pula membeli minuman (sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya tercekik).

Kami segera pulang memandangkan lauk yang sedap dan perut yang lapar. Dalam perjalanan...

Remaja 1: Weh, hang nampak tak yang baju hitam tadi?
Remaja 2: Awek tadi yang beratur belakang hang tu? Pasai pa?
Remaja 1: Tadi aku beli air tembikai, die dengar aku order air tembikai, die pun order air tembikai. Nampak sangat nak ngorat aku.
Remaja 2: Butoh hang.

p/s: Sapekah remaja 1?
      Hint: Amir Fitri

Tuesday, March 1, 2011

...

Here is the money that i owe you
So you can pay the bills
I will give you more when I get paid again
I hate those people who love to tell you
Money is the root of all that kills
They have never been poor
They have never had the joy of a welfare christmas
I know we will never look back
You say you wake up crying
Yes and you don't know why
You get up and you go lay down
Inside my baby's room
I guess I'm doing ok
I moved in with the strangest guy
Can you believe he actually thinks
That I'm really alive

I will buy you a garden
Where your flowers can bloom
I will buy you a new car
Perfect shiny and new
I will buy you that big house
Way up in the west hills
I will buy you a new life
Yes I will

Yes, I know  all about the other guy
The handsome man with athletic thighs
I know about all the times before
With that obsessive little rich boy
They might think that you think you're happy
Yeah maybe for a minute or two
They can't make you laugh
No they can't make you feel the way that I do


I will buy you a garden
Where your flowers can bloom
I will buy you a new car
Perfect shiny and new
I will buy you that big house
Way up in the west hills
I will buy you a new life
I will buy you a new life
Yes I will
I know we can never look back

I will buy you a garden
Where your flowers can bloom
I will buy you a new car
Perfect shiny and new
I will buy you that big house
Way up in the west hills
I will buy you a new life
I will buy you a garden
Where your flowers can bloom
I will buy you a new car
Perfect shiny and new
I will buy you that big house
Way up in the west hills
I will buy you a new life
I will buy you a new life
I will buy you a new life



EVERCLEAR - I WILL BUY YOU A NEW LIFE

Friday, January 21, 2011

Aku dah start suke letak gambar..

Entry yang lepas aku ade letak satu gambar. Sekarang aku dah start suke letak gambar. Die macam ........ Ha, macam tu la. Aku ade pergi singgah dekat Ladang MARDI, Cameron Highland itu hari. Sane ade macam2 pokok. Aku rase aku nak beralih bidang jadi botanist.

Pokok die kecik je, macam nyamuk jugak.

Lawa kan pokok ni, daun die macam duit syiling.

Bibir model macam Angelina Jolie
Nampak tak brother tu menyamai tema pokok ni?

Serious, no comment.

Lepas aku jadi botanist, aku nak komersialkan name pokok2 ni. 

p/s: photographer: muhdasyrf
      model           : Amir Fitri

      Sape2 nak amik khidmat aku untuk tangkap gambar wedding, gambar accident, gambar dapat tangkap ikan besar time memancing, boleh contact aku. Kalau nak pakai model seluar dalam, model iklan ubat gigi, atau model separa jantina, boleh guna khidmat Amir Fitri.

Wednesday, January 19, 2011

Cameron Highland.. (Bile jalan kat situ nak jadi lurus?)

Baru2 ni aku g Cameron Highland (CH). Sebenarnye aku takut. Sebab time 10/10/2010 ade kemalangan ngeri kat CH. Ni pulak first time aku nak g CH. Hati aku memang diselubungi ketakutan. Tapi Alhamdulillah aku dah selamat tiba.

CH memang sejuk. Sejuk yang jenis tak agak2. Aku gerak dengan member2 aku. Ade assignment. Yang pergi adalah Imran, Suhaizat, Iman, Izzudin, Amir dan aku. Mase first day, kami lalu Tanah Rata. Cuaca pun suam2 kuku je.

Kami pun singgah makan kat foodcourt kat Tanah Rata. Sebelum makan mestilah basuh tangan. Kementerian pun dah buat lagu ~Nak makan basuhlah tangan. Pilih gerai yang bersih. Badan sihat otak cergas, Penyakit dapat disisih~ Kami pun beratur g sinki. Aku pulas kepala paip. Bapak sejuk air die. Aku syak ade orang isi ais dalam tangki air kedai tu. Lepas aku, Suhaizat lak basuh tangan, terus menggigil. Dasar tak mandi pagi.

Kesejukan CH ni jugak membuatkan aku berlari gaya pelik. First time aku berlari gaya ni. Berlari laju tp peha kepit sambil langkah kecik2. Dan arah larian aku adalah ke toilet. Benda ni berlaku dengan kerap. Majlis daerah perlu memperbanyak toilet awam. Ni cadangan aku. 

Selain membuatkan aku berlari gaya pelik, CH ni jugak membuatkan kami bersatu padu. Buktinya bila driver kami gatal tangan bukak aircond van malam2, kami berlima serentak menjerit 'Kepale otak kau!'


Ni gambar kabus kat CH. Mase second day, kami lepak kat atas bukit, sambil tengok pemandangan indah.
Angin sepoi2 bahasa. Unggas2 berterbangan mesra. Suasana damai. Masing2 khusyuk menghayati keindahan ciptaan Ilahi.
Tiba2, terdengar soalan yang memberangsangkan.

"Anak haram mane yang bakar hutan ni?"


p/s: Time balik, kami tinggal berlima. Harap2 Jabatan Bomba dan Penyelamat Cameron Highland jumpe kawan kami kat kaki bukit tu.

Thursday, January 13, 2011

04-08

Dulu.

Mase aku sekolah VI.

Sekolah start pukul 7.40 pagi sampai 2.10 petang.

Sebagai ruggers, setiap hari Selasa dan Khamis adalah hari training walaupun tournament lagi dua bulan.
Lepas pukul 2.10, selalunye aku lepak surau dengan member2 sebab sembahyang Zuhur dulu.

Lepas dah rase tenang, baru g makan dengan tenang. (saje nak tulis tenang dua kali, nak bagitau yang aku memang betul2 tenang time tu) Lepas kenyang sambil gosok2 six pack(perut), aku pun g angkat beg sekolah dgn beg barang2 keperluan ragbi aku.

Pukul 4.30 dah start training. Joging keliling padang VI yang luas. (ura2 kata dulu ladang sayur tentera Jepun) Memang letih. Sebab tu aku suke lari dengan junior2 yang tak fit, dari segi zahir, aku kelihatan seperti memberi semangat kepada diorang. Dari segi batin, aku pun tak fit gak.

Ok. Yang bestnye kat VI ni, time petang2 memang meriah. Kau boleh tengok amoi2 Form Six jalan lenggang lenggok, Kadet Polis tengah kawad kat Form Six Block, budak RC (Red Crescent) main nurse2 dan pesakit kat tempat parking belakang lab Chemistry, budak Kadet Bomba kejap ade kejap takde, budak Infantri takleh nak tengok. (nak tau nape takleh tengok, tanye budak VI lain). Sambung balik, budak drama berlakon dekat dalam hall, budak piano pun dalam hall gak, budak polo air kat swimming pool, budak basketball kat courtrangle, budak bowling kat Times Square, budak ragbi, kriket dengan bola kat padang. Jangan risau, padang VI luas.

Dan yang paling best, time tengah2 meriah tu, kami boleh dengar Kadet Pancaroba Pancaragam tengah berlatih dalam hall. Suasana macam ni memang best. Kami boleh dengar bunyi Bass Drum, Bagpipe, Trombone, Simbal dan macam2 lagi. Sori, Clarinet dengan Seruling kami tak main. Bunyi2 ni la yang mewarnai hidup pelajar2 VI yang sedang berlatih di waktu petang.

Dan benda yang best bile diorang joging, mereka akan nyanyi lagu. 'Lari2, kita lari. Kita kuatkan, otot dan kaki. Badan letih, tak mengapa. Janji lari, sampai mati'. Mereka akan joging keliling sekolah tanpa penat. Macam mereka semua tak mempunyai jantung untuk merasai penat. Dan kami yang sedang berlatih sukan masing2 ni, akan lebih bersemangat berlatih bile dengar mereka nyanyi lagu ni sambil joging. Aku harap VI akan terus cemerlang dalam akademik mahu pun sukan.

Sekolah start pukul 7.40 pagi sampai 2.10 petang.

Mase aku sekolah VI.

Dulu.

Thursday, January 6, 2011

Sembang Tak leh Blah

Aku tengah beli kuih pau kat gerai depan rumah.. Pagi2 tak elok sarapan nasik lemak, nanti perut meragam. Tengah makan pau sambil berjalan, henset berbunyik. Pagi2 dah kol, sape la yg menyangka aku sebagai najib ni.
Owh, Joe (hampir nama sebenar) rupenye..

Joe:  Hang kat mana?
Aku: Ada kat depan rumah ni. Awat?
Joe:  Kata nak g Mines?
Aku: Owh, hang dah sampai ea?
Joe:  Dah, kereta aku kat belakang kereta Grand Livina.

Ah sudah, mane aku tau bentuk kereta Grand Livina tu. MyVi dengan Viva pun aku tak tau beza die.

Terpaksa aku check kereta yang kat tempat parking tu satu2 sambil mencarut dalam hati.

Oh jumpe, kereta bergerak, suasana sunyi, radio je bersuara. Sebagai pentumpang, macam kurang ajar lak kalau tak berborak dengan tuan punye kereta, aku pun carik modal borak.

Aku: Joe, kau tau tak?
Joe:  Ape die?
Aku: Kau tau cerita 2Alam kan?
Joe:  Ha kenape?
Aku: Lepas dapat 40juta, die nak buat cerita baru.
Joe:  Cerita ape?
Aku: 3Alam.
Joe:  %$#@ (mencarut dalam bahasa yang tak dikenal pasti)

Pantas,aku beristighfar.